Dia Anak Yang Baik Dan Mudah Berkawan Dengan Sesiapa Sahaja – Ibu Ismail Izzani

Hiburan

Dia Anak Yang Baik Dan Mudah Berkawan Dengan Sesiapa Sahaja – Ibu Ismail Izzani

Kontroversi hangat penyanyi Ismail Izzani memeluk Zarina Anjoulie di kelab malam sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan netizen. Turut terpalit dengan isu tersebut adalah ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam.

Advertisement

Menurut Suliza yang juga seorang penyanyi era 1980-an, anaknya itu sudah pun tampil menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Tambah beliau lagi, Ismail memang seorang anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

Dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf, tetapi saya tidak bercakap banyak. Rasanya lebih baik kami bertemu dan bersemuka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Ketika isu foto itu hangat diperkatakan, saya berada di Jakarta, Indonesia dan hanya pulang ke tanah air hari ini.

Biarlah kita bersangka baik dengan semua orang. Bagi saya, Ismail anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Bukan mudah apabila menjadi artis yang dikenali ramai kerana saya pernah melaluinya. Banyak perkara yang perlu dikorbankan.

Walaupun pelakon Fathia Latiff yang mula menyebarkan foto tersebut dengan memuat naiknya di akaun Instagram, pihak Ismail bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa dalam isu tersebut. Terdahulu, pihak pengurusan Ismail memberitahu penyanyi itu memohon maaf  dan turut merasa kesal dengan kontroversi yang berlaku.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

28 Comments

  1. pemerhati dari kejauhan

    September 4, 2018 at 9:56 am

    standard mak apak good2.. surely dia akan kata anak dia baik walaupun baik sgt la smpi p kelab malam dalam usia tu.. sndr tau lah kot dia baik, sharusnya tmpt2 ne la yg patut dijauhi.. bukan la nak kata org kt dlm tu jahat2.. tp kalau boleh elakkan, lagi bagus.. prevent is better than cure.. sok2 dah terbiasa.. lagi terpengaruh ngan anasir negatif.. payah nak brubah..

  2. reen

    September 4, 2018 at 8:10 am

    Spesis mak yg sentiasa rasa anak dia baik anak dia betul walhal terang tang tang anak kau salah buat maksiat. Benci aku makcik2 mcm ni. anak org je salah anak kau je yg betul

  3. Gala kiah

    September 3, 2018 at 11:21 pm

    Tak heranlh mail ni cam ni..bapa borek anak rintik..datin tlg pantau anak bawah umur kau tu..mana ada seorg mak nk mangaku ank buat jahat..sedapkn hati sendirik je lah..mana mak tak sayang anak ooiii…itu fakta

  4. haha

    September 3, 2018 at 8:57 pm

    hahaha,lancau

  5. Anonymous

    September 3, 2018 at 8:47 pm

    Ntah2 bdk ni dh penah main…hahaha…klu berani masuk kelab malam ape lah sgt bw betina blek umah time mak bapak xde…kasi henjut sekali..??