Kontroversi hangat penyanyi Ismail Izzani memeluk Zarina Anjoulie di kelab malam sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan netizen. Turut terpalit dengan isu tersebut adalah ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam.
Menurut Suliza yang juga seorang penyanyi era 1980-an, anaknya itu sudah pun tampil menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan memohon maaf atas apa yang berlaku.
Tambah beliau lagi, Ismail memang seorang anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.
Dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf, tetapi saya tidak bercakap banyak. Rasanya lebih baik kami bertemu dan bersemuka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Ketika isu foto itu hangat diperkatakan, saya berada di Jakarta, Indonesia dan hanya pulang ke tanah air hari ini.
Biarlah kita bersangka baik dengan semua orang. Bagi saya, Ismail anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Bukan mudah apabila menjadi artis yang dikenali ramai kerana saya pernah melaluinya. Banyak perkara yang perlu dikorbankan.
Walaupun pelakon Fathia Latiff yang mula menyebarkan foto tersebut dengan memuat naiknya di akaun Instagram, pihak Ismail bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa dalam isu tersebut. Terdahulu, pihak pengurusan Ismail memberitahu penyanyi itu memohon maaf dan turut merasa kesal dengan kontroversi yang berlaku.