“Dia Anak Luar Nikah Suami Dan Isteri Orang” – Ibu Tiri Dedah Status Kelahiran Penyanyi Muda

Dunia

“Dia Anak Luar Nikah Suami Dan Isteri Orang” – Ibu Tiri Dedah Status Kelahiran Penyanyi Muda

Isu keluarga penyanyi cilik terkenal Indonesia, Farel Prayoga, kembali menjadi perhatian selepas ibu tirinya tampil dengan dakwaan mengejutkan mengenai status kelahiran remaja berusia 14 tahun itu.

Siti Mujayanah, yang sebelum ini dituduh mendera Farel dan menggunakan wang hasil kerja penyanyi tersebut, kini membalas dengan pendedahan peribadi mengenai latar belakang Farel.

Advertisement

Dalam satu wawancara bersama saluran YouTube Ka Ani Official, wanita itu mendakwa Farel merupakan anak luar nikah hasil hubungan sulit antara suaminya dan ibu kandung Farel.

Farel itu anak hasil perselingkuhan suami saya dengan ibu kandung Farel. Tidak ada ikatan pernikahan.

Tambah Siti lagi, perkara itu selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga besar pihak ibu Farel sendiri.

Ibu kandung Farel punya suami. Suami saya sudah punya isteri iaitu saya. Kami punya anak, (namanya) Delvia. Saya mula menjaga Farel sejak usia dia satu minggu.

Nama Farel Prayoga mula mencuri perhatian apabila bakat nyanyiannya menerusi lagu Ojo Dibandingke nyanyian asal Abah Lala menjadi tular dan melonjakkan namanya sebagai penyanyi muda paling popular di Indonesia.

Namun, kemasyhurannya turut disertai dengan konflik rumah tangga. Sebelum ini, Farel mendakwa dirinya sering menjadi mangsa penderaan oleh ibu tiri dan mengalami tekanan selepas wang hasil kerjanya dikatakan digunakan oleh bapanya sehingga menyebabkan dirinya ‘jatuh miskin’.

Kes menjadi lebih rumit apabila bapanya juga dilaporkan pernah ditahan pihak berkuasa akibat penglibatan dalam aktiviti perjudian atas talian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelakon keluar agama islam
2025-07-30 10:48:12

Dulu Bertudung, Kini Murtad & Kahwin Sesama Jenis – Bekas Pelakon Wanita Terpalit Kontroversi Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...