Pelakon, Julia Farhana Marin mengakui mula rasa keseronokan berkahwin selepas selamat bergelar isteri kepada Dr Che Hafiz.
Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, dia kini rasa seperti ada teman rapat yang sentiasa ada bersama dan menemani ke mana sahaja.
Rasalah perbezaan itu sebab sebelum ini saya banyak buat apa pun seorang tetapi kini semua ditemani suami.
Bukan itu sahaja, Julia turut berkongsi detik perkenalan dan percintaan mereka dimana dia tertarik dengan suaminya kerana banyak membimbingnya mendekati Islam.
Saya terus terang dengan suami sebelum kahwin lagi, saya belum bersedia untuk pakai tudung.
Menurutnya lagi, dia mengakui masih belum bersedia untuk menjadi isteri yang sempurna dan meminta masa memandangkan budaya dan caranya dibesarkan agak berbeza dengan keluarga suami.
Jadi dia sangat memahami kedudukan saya in terms of in Islamic practice dan tetap bimbing saya setiap hari.
Kami dating pun mula-mula terkejut bila dia ajak saya ke Masjid Shah Alam waktu itu untuk solat jemaah.
Bahkan, Jualia memaklumkan ketika itu mereka baru berkenalan selama tiga minggu dan agak terkejut kerana tidak pernah dibawa oleh seorang lelaki untuk ‘dating’ di Masjid.
Info tambahan, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Lufya pada tahun 2016 namun bercerai pada tahun 2020, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura.
Che Hafiz kemudiannya bernikah dengan pelakon kacukan Melayu-Itali itu pada tahun 2022 dengan mengadakan majlis akad nikah secara tertutup.