Pengarah lagu Bincang Raya, Khalid Nadzri menyifatkan kolaborasi yang menampilkan Amira Othman, Irfan Haris dan Fattah Amin sebagai sesuatu yang segar serta berbeza.
Menurut Khalid, konsep lagu tersebut sangat dekat dengan elemen kekeluargaan yang sering menjadi inti pati sambutan Hari Raya.
“Bincang Raya ni memang betul-betul dekat dengan elemen kekeluargaan, rasa macam satu keluarga yang besar” katanya ketika berkongsi mengenai proses penghasilan lagu tersebut.
“Harapan tu memang ada, harap pendengar di luar sana akan menyukai lagu ini.”
Dalam masa sama, Khalid turut berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Fattah Amin yang disifatkannya sebagai seorang figura yang mempunyai aura tersendiri.


Menurutnya, Fattah juga sangat mementingkan keluarga serta mempunyai visi jelas mengenai apa yang diinginkan dalam sesuatu projek yang dihasilkan.
“Abang Long ni dia ada aura, ada vision, bila collaborate dengan dia kita tahu apa yang kita mahukan. Senang berbincang dengan dia”
“Dia seorang yang penyayang, sangat sayangkan keluarga, apa pun dia akan bersama keluarga dia.”
Semalam, telah berlangsung pelancaran lagu Bincang Raya menampilkan Irfan haris dan juga Amira Othman sempena sambutan hari raya yang bakal tiba pertengahan bulan Mac ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

