Written by AbangNara | September 29th, 2014

Amboi, amboi, amboi. Power dan romantik juga ayat Abby Abadi ini. Tidak lagi berselindung mengenai hubungannya dengan Khairul Azli, Abby Abadi mengakui yang jejaka tersebut mempunyai tempat istimewa di hatinya. Kalau dah bahasa omputih ‘special place in my heart’. Sudah tentulah ‘special’, kalau tak special takkanlah Abby sanggup buat suprise hari jadi dengan belon berbentuk ‘love’ dan sebagainya kan? Tak gitu?

abby

Apa pun Abang Nara respek dengan Abby Abadi kerana memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Khairul Azli. Yang penting tak sorok sehingga boleh menimbulkan khabar angin yang tak betul. Tulis Abby:-

Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara. Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman ‘lagha’ sehingga saya berhijrah. Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan. Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat

Abby juga membuat penjelasan mengenai sambutan hari jadi jejaka tersebut yang dilakukan olehnya baru-baru ini. Terang Abby:-

Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia.

Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT. Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya.

Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka yang bukan-bukan.

abby

Seperti kata Abby Abadi, semoga dengan penjelasan ini tak adalah lagi prasangka yang tak baik terhadap mereka berdua. Abang Nara suka tengok Abby dan Khairul Azli. Nampak gembira je. Kalau ada jodoh, semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

93 responses to Dia Ada Tempat Istimewa Di Hati Saya – Abby Abadi

  1. Anonymous says:

    Si khairul ni suka pulak layan si Abby ni. Tak takut ke Abby buat hal macam suami2 yang dia yang lain. Nanti kena maki depan orang ramai, kena cakar dll.

  2. Anonymous says:

    tak salah pun nak sambut harijadi orang yang disayangi. tapi make sure birthday anak pun sambut sama gempak ye, belon heart shape semua bagai. anak takde kereta, boleh lekat post-it notes dekat basikal dia. anak laaaaagi la harta bernilai yang tersangat patut disayangi.

  3. mimi says:

    dia yg cri knrversi.dia yg postgmba..dia yg wat ayt cmtu….sng cter dia la yg cari psal n mulakn isu

  4. Lara says:

    Sesungguhnya… I dah meluat baca kisah Cik Abby ni, tapi klik sini semata2 nak baca komen anda semua… wahhhh bernas! hahahaha

  5. aku says:

    knp ramai sgt yg kutuk abby ek? apa dosa dia sampai smua org hina sumpah seranak dia..siap ada yg mcarut2? cuba pakat pk balik..apa dosa dan salah dia? sbb dia bcinta..rapat dgn ssorg? itu je???

    sdgkn kat luar sana…lbh ramai yg dok wat maksiat…lg ramai artis yg dok peluk bcium laki ppuan..x tutup aurat..dedah sana sini…yg tu pakat dok puji lak..xde lak kita kutuk kaw2 kan..sdgkn itu sah2 dosa maksiat dan zina?

    pakat2 la fikir…cermin diri…kita kutuk dia..dia dpt pahala tau sbb bsabar dgn hinaan2 ni..sdgkn kita ni..dpt dosa free je.. dh la…biar la dia hdp tenang.. dia xde kacau sape2 pun..xde nk rampas laki org pun… slagi dia x wat bnd yg Allah murka..doakn yg tbaik sudah la…

    akhir zaman..akhir zaman…

  6. iskandar says:

    si abby ni wat dosa apa yg smua org pakat dok kutuk..mcarut bagai kat dia ni?

    blambak2 lg artis lain yg wat maksiat terang2an…yg dok bpeluk laki ppuan..pegi pub disko..x tutup aurat…rambut kuning merah..x solat…mcm2 lagi bnd maksiat yg artis2 dok wat..tp knp x dkutuk plak? siap ada yg puji dan puja lagi…sdgkn bnd tu terang2 maksiat dan perkara yg Allah murka?

    knp? jahil sgt ke kita hamba2 Allah akhir zaman ni…? sampai xleh nk beza baik buruk?

    si abby ni bknnya rampas laki org pun..bknnya ganggu umh tangga org pun..bkn bpeluk wat maksiat apa pun…yg korang nk marah dia sgt tu knp? komen pun mcm org xde agama..xde iman.. insaf la..byk2 la ingt Allah…malu la dgn Allah..teruk sgt kita ni…

  7. dina says:

    yang berhijrah pun teringin nak berbirthday2 dan berboyfren2 ye tak….
    pompuan ni cam saiko

    • aku says:

      dia tetap manusia…ada hati..ada keinginan…salah ke apa yg abby wat tu??
      komen tu mlambangkan awk mpunyai pmikiran yg sempit…teramat sempit…
      hati tu….byk2 la beristiqfar..byk ingt Allah..spy x pk buruk je sal org lain.. kata jahil nnt marah plak..tsinggung bagai… tp cara komen mmg mlambangkn awk tu org yg mcm tu.. malu la sket dgn Allah…

  8. ntah says:

    smua kutuk abby… free2 je dia dpt pahala…kita dpt dosa.
    tanda2 akhir zaman…org yg wat maksiat disanjung..yg baik lak dkutuk dhina..dh tbalik dh dunia ni..
    kan blambak2 lg artis lain yg dok wat maksiat ari2.. dedah aurat..peluk laki ppuan..mcm2 lg la..xde lak kita kutuk hina mcm kita hina abby ni kan… leh plak kita sanjung2 artis mcm tu??? puji puja bagai…
    si abby ni bknnnya wat salah pape pun..ada dia kacau laki org? kacau umh tannga org lain? dedah aurat? peluk laki??? xdekan….so..apa salah dia?
    pakat2 insaf la..sape2 yg dok komen buruk2 tu..btaubat la..cermin diri..malu la dgn Allah..takut la dgn Allah…

    • lol says:

      tak paham ke abby tu bawak imej muslimah mmg la org kutuk. Yang artis terang2 seksi sume tu sah2 mmg dah dosa. Ini dia pakai tudung labuh, tapi gatal. Faham ke tak kenapa org kutuk dia ni?

      • ntah says:

        x paham…sbb kita tll sempitkn fikiran… klu org dedah aurat wat dosa..kita leh terima…x kutuk..tp puji dan puja…
        klu org pakai bj muslimah..kita harap dia tu jd smulia2 manusia? mcm tu? so bila dia ada wat bnd yg kt rs x sedap dpandang..trs kita hentam dia mati2an?? maki hamun..mcarut bagai?
        dia pun manusia..mcm kita gak..mn ada yg sempurna pun..so xyh la nk hentam dia mcm kita ni baik sgt..
        insaf la…yg baik amik pngajaran..yg buruk wat renungan hdp kita..sudah la..jgn sempit sgt pmikiran tu…

  9. entah apa apa says:

    amboi…kutuk mcm tgk tasha shila dgn pakwe dia peluk3…nak tegur tu hormat la family dia.xpayahla nak berlucah bagai…kan abg nara..

  10. Minah gedik ustazah jadian ni ingat dia ni remaja ke ape….asek nak bercinta tak sedar diri. Anak2 yg tengah membesar kat rumah tu tak diutamakan ke. Ape nak jadilah. Memalukan perempuan je. Nampak sngt kegersangan. Kata dah berhijrah, tapi perangai ke laut. Konon alim tapi nak celebrate gak birthday dgn jantan pulak tu. kemaruk betol… Takyah duk update or upload sngt kisah2 peribadi kamu tu abby oi… Si jantan tu mmglah nak menumpang glamer….Mcm ex hb dia Farhan, kata lah, pakaian je mcm muslimah tapi perangai mcm anak haram… Dah2 lah minah becok, gih duk dlm gua je….

    • ntah says:

      amboi..sedapnya bahasa… org baca komen awk ni pun leh byg peribadi awk tu mcm mn… dok sibuk komen sal org lain..judge org lain…kn ingt2 gak..Allah akn menilai kita jgk nnt… jgn sbb dok kutuk maki org kat sini..dosa tpaksa bwk smpai ke akhirat..kan sia2 tu…nauzubillah…umat akhir zaman…

  11. Kt pari says:

    Masa bercinta mmglah istimewa dihati. Pahtu bila bercerai mulalah bercakar2an. Bercinta, kawin berkali2….. Tak ingat anak2 ke.

  12. Observer says:

    NTAH……wah kamu tu alim sngt ke. Umat akhir zaman, alim konon tapi sebok baca blog gosip artis.. Mmg abby tu gedik pe. Kalau baik & alim sngt kenapa duk sebok upload pasal jantan yg bukan muhrim. Gatal nak berlaki. Takde segan silu, diri tu kan perempuan. Mmg akhir zaman sb ramai yg bertutup liku berlagak alim tapi perangai & mulut jahat nauzubillah….

  13. Chrissy snow says:

    Gatal miang jugak minah ni. Ingat kan dah berhijrah, rupanya berhijrah pakaian je, bukan hati & perangai. Kesiannya….gatal nak berlaki, mengalahkan org muda.
    NTAH….kau ni mesti abby or keluarga dia kan. Wah beria2 membela abby…. Tunjuk baik konon, kalau baik tak baca pulak blog gosip. Gihlah baca Quran tu. Mengada2…

  14. Dr.Who says:

    NTAH & AKU…….org yg sama kan. Hmm….mmglah dunia akhir zaman skrg ni sb ramai sngt yg jadi ustazah pd hal ilmu agama amat sedikit, setipis kulit bawang tapi sebok duk bagi ceramah kat org. And mmg dunia akhir zaman sb perempuan gatal yg terhegeh2 mengejar jantan semakin ramai. Termasuk ustazah jadian ni. Kalau diri dia ni betol2 berhijrah & alim takdelah nak menunjuk2 or upload gambar2 jantan kat org tanpa segan silu. Ustazah jenis ape gini…. Pakaian dah melambangkan islam sejati, tapi perangai tak. Sb tu kita takleh judge seseorg melalui pemakaiannya…. Pakaian tak melambangkan peribadi seseorg… Mcm si ustazah sorg ni lah, nampak pakaian sopan tapi mulut nauzubillah, suka maki2 org….

  15. sid says:

    Selalunya anak dara yg mentel, heart balloons dan segala… yelah, baru melangkah ke alam percintaan…

  16. 1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
    diri.

    2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

    3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

    4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

    5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

    6. Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus, cepat melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

    ” Jika anda boleh menangi ini untuk kawan anda, confirm dia akan rasa amat disayangi.”
    7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

    8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

    9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

    10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

    p/s kepada orang2 yang menghina Abby…tolong lah sedar dari khayalan dunia ini sementara, anda telah menambah dosa2 anda di dunia..pergi lah meminta maaf dengan Abby sebelum terlambat.Apa yang dia nak buat itu hak dia dan tak rampas pun laki orang lain! korang dan korang dan korang yang membaca pun melebih2 pulak dah..cermin kan diri anda di cermin yang besar.

  17. Rondoletti says:

    Salam Abby. Saya mohon agar Abby kurangkan sharing perkara2 yang boleh mengundang umpatan keji, fitnah dan boleh menjatuhkan maruah Abby sendiri sebagai seorang wanita. Benar, Abby dan dia hanyalah kawan tetapi perlukah dijadikan tatapan umum perasaan Abby terhadap dia? Sebagai ibu, seboleh2nya Abby tumpukan perhatian kepada anak2 yang sedang membesar. Mereka memerlukan ibu yang prihatin, bukan ‘ayah’ yang silih berganti. Saya khuatir sejauh mana pengaruh perbuatan Abby ke atas anak2 nanti. Mereka semakin membesar, boleh membaca dan apa perasaan mereka jika terbaca umpatan dan cacian ke atas ibu mereka sendiri? For the sake of the children, could you please lay low. What are you trying to prove, Abby? That you could be happier than your ex-husband? Tidak semestinya kebahagiaan mesti datang dengan kehadiran seorang lelaki. Hanya dengan anak2 pun, Abby boleh bahagia. Bukan bermaksud saya menegah Abby mencari pengganti tetapi biarlah sesuai dengan masa dan keadaan – dan apabila sudah bertemu insan yang sesuai. Give it time, for yourself, for this guy and for kids.

  18. gediks says:

    senyap2 sudey ler, dah kawin nanti bagi la tau. perangai bukan macam mak orang ler . mcm budak akil baligh baru kenai jantan. gediks semacam. eeeiii.

  19. pretty women says:

    ramainyaaaaaaa bantaton cni ar..hahaha

  20. Yes says:

    Mcm not anybody ckp. Sy setuju sgt. Sy harap abg nara post kn semula apa yg ditulis. Itu pengetahuan general utk muslim.
    Apabila kak abby menyebut tentang jgn fitnah dgn apa yg k.abby post, mcm mana utk tdk menjadi bualan mulut (terutama utk yg cetek ilmunya). K. Abby kene faham apa yg k.abby post itu sudah pun mengundang fitnah. Sejak dri video begurau sehingga sambutan harijadi dgn gmb berdua bersebelahan dan kata2 ucapan di kad dan sebagainya yg sgt mengundang buah mulut org terutamanya apabila akak sendiri tonjolkn perkara tersebut pd umum. Akak sendiri tahu hukum batas, batas pergaulan itu bknsemata2 tdk berpelukn n bersetuhan tp yg sgt perlu dijaga juga ialah hati mata nafsu kita. Kita ckp kita syg kpd kawan, tp kwn itu buknlah mahram kita malah kita sebutkn nya pd public. Ini sgt mengundang persepsi buruk masyarakat yg nk kenal dgn islam. Akak bayangkn jika jodoh akak dgn org lain, tp krn kesan ‘ dosa semalam’ bergaul menyuarakn syg kpd bkn mahram, akak tak rasa, suami akak akn terfikir kelak, eh dia boleh ckp syg kat sape2 pun, so siapa aku.

  21. waht??? says:

    dulu ingatkn memey yang menggedik..laa ni ang pulak yang lebih teruk dr dia…jangn tunjuk yang kita ni terlalu murah….kita perempuan kena jual mahal sikit..kena ad sifat malu kat diri kita, jangn tunjuk sangat ye abby..

  22. hana says:

    stajah ni gatal bijik btullah. tak abis2. try hard nak prove dah move on ke makcik.

  23. syasya says:

    susah nya soklan matematik tambahan abg nara ni..

    saya sokong la ngan “not anybody” dan saya memang setuju 200%.. cik puan abby harus amik ikhtibar dengan apa yang di tulis gak bukan apa untuk tambah pengetahuan.tak salah kan kalau kita nak tambah ilmu.mari kita sesama memahaminya..untuk cik puan abby tingkatkan pretasi kurangkan kontroversi… terima kasih

  24. phoebe says:

    Alaaaa Abby ni…sudah2 laaa…malu wei kat anak2 yg sdg membesar…jgnlaaa tunjuk yg awak tu “hadap” sgt dgn lelaki…malu laaaa

  25. Fifie says:

    to abby (kalau bacalah)
    saya pun ada best friend lelaki juga tapi tak adalah nampak gedik macam ni, baik dari zaman pra-tudung (lagha) hinggalah bertudung. ayat menulis pun tak ada jugalah announce ‘ada tempat special untuknya di hati saya’ (walaupun kalau ikutkan dialah yg paling rapat)… kalau time pra-hijrah tu nampak oklah sikit nak ber’istimewa-istimewa di hati’ tapi bila selalu memberi cerama berunsur agama, nampak tak manis. ingatlah, abby pun ada anak gadis. apa perasaan kalau anak gadis tu tiru gelagat abby meletakkan gambar lelaki bukan muhrim di FB dan announce ‘dia ada tempat special di hati saya’?. janganlah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan, yer (kalau tak faham peribahasa ni, google kan saja maksud). memanglah Rasulullah berkahwin dengan Siti Khadijah selepas dipinang Siti Khadijah tetapi tak ada pula kisah yg sebelum kahwin dgn Rasulullah, Siti Khadijah bergedik-gedik.

  26. i am xoxo says:

    kalo aku jadi laki ni sah2 malu beb….yg suprisekn aku abby adabi. kalo siti ke, nora danish ke, fasha sandha ke best la jgk.

  27. DIDI says:

    Imej muslimah tapi molot cam harem

  28. Anonymous says:

    sharing is caring katanya … kang ditulis dalam insta kata “salah ke saya nak share plak…??”.. hihii..

  29. nad says:

    uztaz tu pun satu..dah tau suka sama suka cepat2 la nikah…kan lebih manis…bercinta lepas nikah tak menimbulkan fitnah