Amboi, amboi, amboi. Power dan romantik juga ayat Abby Abadi ini. Tidak lagi berselindung mengenai hubungannya dengan Khairul Azli, Abby Abadi mengakui yang jejaka tersebut mempunyai tempat istimewa di hatinya. Kalau dah bahasa omputih ‘special place in my heart’. Sudah tentulah ‘special’, kalau tak special takkanlah Abby sanggup buat suprise hari jadi dengan belon berbentuk ‘love’ dan sebagainya kan? Tak gitu?
Apa pun Abang Nara respek dengan Abby Abadi kerana memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Khairul Azli. Yang penting tak sorok sehingga boleh menimbulkan khabar angin yang tak betul. Tulis Abby:-
Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara. Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman ‘lagha’ sehingga saya berhijrah. Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan. Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat
Abby juga membuat penjelasan mengenai sambutan hari jadi jejaka tersebut yang dilakukan olehnya baru-baru ini. Terang Abby:-
Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia.
Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT. Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya.
Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka yang bukan-bukan.
Seperti kata Abby Abadi, semoga dengan penjelasan ini tak adalah lagi prasangka yang tak baik terhadap mereka berdua. Abang Nara suka tengok Abby dan Khairul Azli. Nampak gembira je. Kalau ada jodoh, semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.