“Dia Ada Pendidikan Tinggi, Bukan Calang-Calang” – Anak Terlibat Dadah, Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda

Hiburan

“Dia Ada Pendidikan Tinggi, Bukan Calang-Calang” – Anak Terlibat Dadah, Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda

Pelakon Noralbaniah menyifatkan penglibatan anaknya, Syarra Sudarman dalam najis dadah adalah satu episod hitam dan satu ujian buatnya sebagai seorang ibu.

Kata Noralbaniah, dia menerima ujian tersebut dengan lapang dada meskipun agak sukar untuk berhadapan dengannya pada awal dulu.

Advertisement

Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegini. Benda ini berlaku tanpa saya duga. Tapi apa yang terjadi ni, saya terima dan saya reda.

Dan ada orang menghukum saya, tapi saya terangkan begini, anak saya bukan berusia 18 tahun, kalau 20 tahun ke bawah saya boleh tegur dia. Tapi dia dah berusia 28 tahun, jadi janganlah kecam, janganlah kata saya salah didik anak.

Ujarnya lagi, anak perempuan tunggalnya itu telah keluar dari penjara sejak Mac lalu dan berada dalam keadaan baik.

Anak saya pun bukan calang-calang orang, dia berpendidikan tinggi dan juga lulusan TESL. Jadi bila terjadi semua ini, saya sedih juga. Yang mungkin salah pilih kawan, tapi saya tak mahu cakap sebab ia sudah pun berlaku.

Terdahulu, Syarra didapati bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Syarra adalah anak kepada Noralbaniah hasil perkongsian hidup dengan bekas pelumba kereta iaitu Allahyarham Sudarman Daud. Allahyarham meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat kemalangan jalan raya.

Puteri Sarah Ustaz Ahmad Dusuki
2 years ago

"Hancur 'Masjid' Itu Beri Kejayaan Pada Syaitan" - Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah Isu Berdoa Supaya Diceraikan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...