Sedia maklum, ramai yang berasa kecewa apabila baru-baru ini, tular dialog yang dilontarkan oleh pelakon, Janna Nick dalam drama terbarunya, Surat Dari Tuhan.
Bagaimanapun, untuk Nadiya Nisaa, dia sama sekali tidak menyalahkan Janna dan berpendapat setiap pelakon mempunyai cabaran bagi menghidupkan watak, biarpun penggambaran itu dilakukan di Tanah Suci Mekah.
Kita kena faham setiap pelakon ada cabaran, di mana sahaja sama ada tempat suci atau paling kotor. Kita kena pergi dan kena ‘perform’, tapi hujung pangkal ia terletak kepada niat.
View this post on Instagram
Bahkan, aktres tersebut turut menyamakan situasi seperti dirinya melakukan penggambaran untuk drama Adam dan Hawa di Tanah Suci.
Katanya, biarpun semua pihak yang terlibat dalam penggambaran drama sedar seakan-akan ‘menceroboh’ kerana melakukan penggambaran di sana, tetapi ia semua berbalik pada niat masing-masing.
Saya tak boleh nak menyifatkan niat saya bagus atau tidak. Tapi, Alhamdullilah drama Adam dan Hawa masih memberi kesan walaupun sudah 10 tahun.
Dalam pada itu, Nadiya turut memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak di balik tabir produksi drama sensasi itu kerana yakin mereka hanya mahu menyampaikan mesej baik buat penonton.
Sekadar info, Janna Nick serta pihak produk drama Surat Dari Tuhan teruk dikecam ramai selepas dialog ‘bersumpah’ depan makan Rasulullah S.A.W tular di media sosial.