“Dia Ada, Drama Saya Mungkin Tiada Rating” – A.Aida ‘Berkeras’ Takkan Bagi ‘Job’ Pada Hafidz Roshdi

Hiburan

“Dia Ada, Drama Saya Mungkin Tiada Rating” – A.Aida ‘Berkeras’ Takkan Bagi ‘Job’ Pada Hafidz Roshdi

Boleh dikatakan selepas nama pelakon Hafidz Roshdi menjadi hangat susulan kes memukul isteri, Shuhada baru-baru ini, ramai netizen mahu dirinya di senarai hitam dari muncul di kaca TV.

Bukan hanya netizen yang enggan melihat Hafidz berlakon dalam drama, malah penerbit popular iaitu A.Aida turut memberi responnya bahawa tidak akan mengambil pelakon terbabit berlakon dalam dramanya.

Advertisement

Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang membuat keputusan seperti ini atas dasar sentimen yang ditunjukkan masyarkat dan juga tidak mahu perbuatan Hafidz itu memberi kesan buruk kepada drama atau filem terbitannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Jadi, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin tiada rating. Sama ada drama itu ‘meletup’ atau dikecam.

Bagaimanapun, A.Aida turut berkata seandainya pelakon lelaki itu benar-benar kesal dengan perbuatan yang dilakukan, dia sedia untuk menimbang semula job buat Hafidz.

Sekadar info, Khamis minggu lalu, Shuhada difahamkan telah membuat laporan di Balai Polis Jinjang mendakwa dirinya telah ditumbuk suami beberapa kali hingga alami kecederaan kekal di bahagian bawah mata.

1 year ago

Hafidz Roshdi Ditahan Kes Tumbuk Isteri, Polis Mohon Perintah Mahkamah Untuk Halang Kejadian Sama Berulang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...