“Dia Ada Dalam Bilik Bedah Siasat Dari 11am Hingga 7.30pm & Buat Semua Ni Pro Bono?”

Trending

“Dia Ada Dalam Bilik Bedah Siasat Dari 11am Hingga 7.30pm & Buat Semua Ni Pro Bono?”

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan telah meminta sumbangan orang ramai untuk membiayai yuran guaman.

Hamid Ismail mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya sekiranya ada pihak mengambil kesempatan dengan mendakwa membuka tabung untuk tujuan tersebut.

Advertisement

Ia adalah palsu dan tidak benar. Kami tiada ada membuat sebarang sumbangan kerana kes ini adalah pro bono iaitu khidmat guaman percuma.

Zara Qairina

Pro bono tapi sanggup tunggu 8 jam

Hantaran di Threads pula menyuarakan pendapat bahawa masyarakat perlu membantu peguam pelajar Tingkatan 1 tersebut daripada segi kewangan.

Tidak lupa juga, mereka kagum dengan pasukan peguam itu kerana ikhlas menjalankan kerja mereka meskipun tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Dia berada dalam bilik bedah siasat dari 11am hingga 7.30pm dan dia buat semua ini pro bono. Moga Allah luaskan rezeki mereka dan Allah balas kebaikan mereka di syurga.

peguam Zara Qairina

Seorang individu berkata sebagai individu yang bekerja dengan peguam dia tahu bahawa banyak kerja dan kertas kerja perlu disediakan dan perkara itu menelan kos kewangan serta tenaga.

Moga Allah balas kebaikan peguam Zara Qairina.

Threads pasal peguam Zara Qairina

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peguam keluarga zara kongsi pengalaman jadi saksi bedah siasat
2025-08-11 09:56:40

Peguam Bertahan 8 Jam Jadi Saksi Bedah Siasat Zara Qairina - "Gemuruh, Saya Ke Tandas Pun Tidak.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...