“Dia Ada ‘Angry Bird’ & Seorang Lelaki!” – Kali Ini Safiey Ilias Pula Ditegur PU Syed

Hiburan

“Dia Ada ‘Angry Bird’ & Seorang Lelaki!” – Kali Ini Safiey Ilias Pula Ditegur PU Syed

Jika sebelum ini Nur Sajat menjadi individu terpilih untuk ditegur oleh Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri kerana berpakaian seksi, nampaknya kali ini giliran usahawan terkenal, Safiey Illias pula menjadi bahan teguran.

Teguran serta luahan perasaan itu telah dilontarkan PU Syed menerusi satu entri di Instagram miliknya baru-baru ini.

Advertisement

Menurutnya, Safiey juga merupakan salah seorang individu yang pada awalnya telah bertaubat, namun memilih semula untuk menjadi seorang ‘wanita tidak tulen’ atau dikenali sebagai ‘paknyah’.

Punca utama PU Syed membuat entri berkenaan adalah kerana dia merasakan Safiey telah mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yang songsang kepada masyarakat di luar sana. Perkara tersebut tidak harus dilakukan dan perlu segera dirawat sebelum ianya melarat.

View this post on Instagram

Paknyah, antara “kebebalan” dan melayan “Perasan” Sahaja! Apa lagi nak dikata pd seorang lagi ni, yg telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi paknyah, isu taubat adalah urusan dia dgn Allah yg Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yg songsang kpd masyarakat adalah isu yg paling utama yg perlu segera di rawat sebelum menjadi pandemik yg sukar utk diatasi Dia dan sajjat dan rakan² sewaktu dengannya, sama² mempunyai angry bird @ punai , dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki, namun disebabkan “perasan” yg mereka telah terperangkap dlm tubuh lelaki, maka berusahalah mereka utk merubah segala yg Allah telah jadikan kpd mereka Sifat “bebal” yg terhasil dari imaginasi songsang ini, harus dirawat segera oleh pakar² psikatri dan bukan pergi mengadap Dr bedah plastik yg hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi Mereka mempunyai followers “tengin” yg ramai, sehingga mengiyakan shj apa yg mereka lakukan, sedangkan BAHAYA gaya hidup mereka ini, bukan shj di dunia, bahkan boleh membahanakan pengikut yg mengikut gaya hidup mereka di akhirat nanti jika tidak sempat bertaubat yg sebenar2nya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda di dlm Hadis yg di Riwayatkan oleh Iman Muslim, yg bermaksud “Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu, serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepas itu,” Ya Allah, berikanlah kesedaran kpd mereka, namun jika gaya dan cara hidup mereka ini boleh merosakkan moral dan akhlak umat Islam khususnya di Malaysia ini, tolonglah wahai Allah, jauhkan mereka dari dunia ini Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

“Dia dan Sajat sama-sama mempunyai angry bird @ p*nai dan dilahirkan sebagai lelaki. Namun disebabkan ‘perasan’ yang mereka telah terperangkap dalam tubuh lelaki, maka berusahalah mereka untuk merubah segala yang Allah telah jadikan kepada mereka,”

pu syed mahu pdrm dan jakim ambil tindakan kepada nur sajatBagi PU Syed, sifat yang terhasil daripada imaginasi sonsang in haruslah dirawat segera oleh pakar psikiari misalnya dan bukanlah mencari alternatif lain seperti pakar kecantikan atau doktor bedah plastik yang hanya ingin mengaut keuntungan ke atas golongan ini semata-mata.

Entri berkenaan ternyata telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata menyokong PU Syed mengenai isu berkenaan. Ada juga yang turut mendoakan supaya kedua-duanya iaitu Sajat dan Safiey diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...