Di Sinilah Sebenarnya Pohon Epal Yang Buat Isaac Newton Menemui Teori Graviti

Trending

Di Sinilah Sebenarnya Pohon Epal Yang Buat Isaac Newton Menemui Teori Graviti

Pasti ramai yang mengetahui kisah Sir Isaac Newton dengan buah epal yang membuatkannya menemui teori graviti, kan?

Advertisement

Sudah tentu ia menjadi anekdot paling popular dalam sejarah sains. Namun, pernahkah anda terfikir di manakah pohon epal tersebut yang menjadi saksi kepada peristiwa penting ini?

Memetik kenyataan dari Amusing Planet, dipercayai pohon epal tersebut yang masih tegak berdiri di Lincolnshire, England.

Sebelum ini catatan John Conduitt ada menyebut tentang peristiwa jatuhnya buah epal yang menginspirasikan Newton itu terjadi pada tahun 1666.

Conduitt merupakan suami kepada anak saudara Newton, yang juga menjadi pembantunya di Royal Mint.

Peristiwa itu telah terjadi di rumah yang didiami Newton ketika kecil iaitu di Woolsthorpe Manor. Newton dikatakan kembali ke kediaman ini selepas University Cambridge ditutup akibat serangan sejenis wabak.

Di sinilah dia menjalankan pelbagai jenis eksperimen yang seterusnya menjadi penemuan besar dan luar biasa.

Meskipun Newton tidak pernah menyebut di mana dia menyaksikan epal itu jatuh, namun kemungkinan ia adalah dari pohon epal di halaman rumahnya.

Pohon itu telah dijaga dan dirawat oleh keluarga Woolerton sejak tahun 1950-an. Malah pohon ini pernah tumbang pada 1816 akibat ribut namun tunjangnya masih kukuh di tanah dan dapat bercambah kembali.

Kini pohon tersebut di bawah perlindungan National Trust.

Sumber : CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...