Di Sebalik Realiti Pencen Di Malaysia, Individu Ini Tunjuk Cara Bagaimana Bersara Tanpa Pencen

Trending

Di Sebalik Realiti Pencen Di Malaysia, Individu Ini Tunjuk Cara Bagaimana Bersara Tanpa Pencen

Pada pembentangan bajet 2018 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan peningkatan pencen terendah kepada RM1,000 untuk mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

Advertisement

Malah pesara juga tidak ketinggalan menikmati RM750, dengan RM500 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Aidilfitri tahun depan.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pernah mengeluarkan statistik pada tahun 2015 bahawa 65 peratus daripada pencarum mempunyai simpanan di bawah RM50,000 pada usia 54 tahun.

Sedangkan unjuran jangka hayat penduduk Malaysia kini semakin meningkat sehingga 75 tahun.

Hal ini agak membimbangkan kerana bererti kebanyakan pesara mempunyai simpanan hanya sebanyak itu untuk digunakan sepanjang kehidupan lagi 20 tahun.

Ini belum difaktorkan oleh keperluan untuk pembayaran khidmat kesihatan atau sebarang desakan berkaitan kewangan lainnya.

Dek kerana situasi ini, telah ‘menangkap’ perhatian pemuda ini. Azizul Azli Ahmad tampil berkongsi realiti sebenar pencen di Malaysia dan bagaimana cara untuk bersara tanpa pencen.

Jom baca perkongsian beliau..

BERSARA TANPA BAYARAN PENCEN?

Jumlah penjawat awam adalah 1.6 juta orang sekarang.

Dari jumlah itu 570,000 adalah guru, 350,000 adalah polis dan tentera dan 250,000 adalah kakitangan kesihatan. Kakitangan awam yang menguruskan 31 juta penduduk adalah berjumlah 400,000 sahaja.

Pembiayaan bayaran persaraan yang ditanggung oleh kerajaan adalah RM24.5 billion dan itu adalah jumlah yang besar. Kerajaan telah mula mengambil langkah mengurangkan pengambilan kakitangan awam.

Terdapat negara yang mula menghentikan bayaran pencen kepada pesara kerajaannya.

Amerika pernah mengunakan dana pencen pada tahun 2007 dan 2008. Apa persiapan kita menjelang 20 tahun ke 30 tahun sebelum bersara?

Belilah 5 buah rumah sebelum bersara, jadikan ia mesin persaraan kita.

Rancang 3 tahun beli sebuah rumah jika mampu. Jangan masa depan persaraan kita ditentukan orang lain tetapi tangan kita. Mulakan dari sekarang perancangan kita atau tidak langsung.

Langkah pertama bermula pada hari ini atau kita akan menyesal kerana gagal merancang.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...