Di Sebalik Kejayaan 4 Jutawan Wanita Ini, Terselit Kisah Pahit Yang Menyentuh Emosi

Trending

Di Sebalik Kejayaan 4 Jutawan Wanita Ini, Terselit Kisah Pahit Yang Menyentuh Emosi

Siapa sangka di sebalik kejayaan mereka membina empayar perniagaan yang bernilai jutaan ringgit, sebenarnya 4 wanita ini pernah mengalami ‘kisah pahit’ dalam hidup masing-masing.

Advertisement

Benar kata orang,bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Pepatah ini sangat sesuai dengan jiwa 4 orang usahawanita yang hebat ini. Mereka antara ikon bisnes yang dikagumi ramai kerana kejayaan mereka mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat.

Tahukah anda siapa mereka sebelum bergelar usahawan berjaya?

Adakah mereka anak-anak orang kaya yang mudah dapat modal dari keluarga?

Artikel ini akan membongkar kisah asam garam kehidupan mereka sebelum berjaya dan terkenal di Malaysia.

1. Faridah Zakaria, Pengasas tudung Fareeda Nyata Jelita

Tudung Fareeda mencetuskan fenomena apabila peminat-peminatnya sanggup bermalam dan beratur di depan kedai semata-mata untuk membeli design terbaru.

Antara produknya yang terkenal ialah Fareeda Sabreena, Fareeda Suraiya, Fareeda Suzana, Fareeda Aisya, Fareeda Mariya, Fareeda Nour Sara, dan Fareeda Nour Sofea.

Pengasas Fareeda ialah Puan Faridah Zakaria yang berasal dari Pulau Pinang.

Merupakan seorang suri rumah yang mula berniaga secara kecil-kecilan dengan membuat dan menjual pakaian dan langsir untuk mengurangkan beban kewangan suaminya.

Puan Faridah mula membuat tudung sendiri apabila dia tidak menjumpai tudung yang disukainya.

Selepas tudungnya siap, ia telah menarik minat saudara-maranya dan rakan-rakan yang menyatakan berminat untuk membeli tudung tersebut.

Setelah itu, beliau memulakan bisnes ini dengan 2 buah mesin jahit untuk menjahit tudung sahaja.

Beliau pernah tertidur di mesin jahit semata-mata ingin menyiapkan tudungnya.

Mawar Abdul Karim, anak sulung Puan Fareeda turut membantunya sejak awal dengan melakukan kerja-kerja mengukur, menggunting dan menjahit kain.

2. Rozita Ibrahim, Pengasas produk Sendayu Tinggi/Jamu Ratu Malaya

Ini ialah ibu kepada pengasas tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Syukri.

Puan Rozita Ibrahim berasal dari Sungai Besar, Selangor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung dari enam adik-beradik adalah anak kepada pasangan guru agama dan suri rumah.

Beliau menamatkan zaman gadisnya pada usia 18 tahun tetapi jodoh tidak panjang.

Perceraian itu menyebabkan beliau sehingga dipulaukan oleh keluarga. Dengan status ibu tunggal dan tidak berpelajaran tinggi, Puan Rozita Ibrahim gigih membesarkan anak-anaknya.

Sebelum beliau bergelar jutawan pada hari ini, anaknya pernah diberi minum sirap bagi menggantikan susu seawal usia 3 bulan dan membeli baju lelong berharga RM0.50 setiap satu sebagai baju raya anak-anaknya.

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja apabila salah seorang anaknya meninggal dunia kerana tiada wang untuk mendapatkan rawatan terbaik bagi menyembuhkan keadaaan anaknya.

Kehidupannya yang susah itu telah membentuk jati diri yang kuat di dalam diri Puan Rozita Ibrahim.

Pengalaman bekerja sebagai penoreh getah yang keluar menoreh seawal 1 pagi, bekerja di kilang, menjadi penyambut tetamu dan eksekutif promosi dan pemasaran serta menjalankan perniagaan jualan langsung telah memberikan pengajaran yang bermakna dalam membentuk empayarnya.

Puan Rozita Ibrahim menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual surat khabar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal.

Setelah itu, beliau menggandaikan barang kemasnya untuk memulakan perniagaan herba dengan modal RM400. Herba-herba itu dijual secara direct selling dari rumah ke rumah.

Bagi meyakinkan para pelanggannya, Puan Rozita Ibrahim sendiri yang mencuba produk herba itu dan menjadi testimoni pertama produknya.

Maka, beliau menggemukkan badan sebanyak 3 kali dan memakan produk herba tersebut sehingga memberikan hasil yang memuaskan.

3. Faiza Bawumi Sayed Ahmad, Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.

Selama ini kami fikir Puan Faiza adalah orang Pulau Pinang. Rupa-rupanya Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad ini berasal dari Mesir dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964.

Beliau berkelulusan Diploma Jahitan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal hanya RM4.00.

Selain itu, beliau membuat baju gaun untuk anak-anak jirannya yang masil kecil dan menghasilkan set sarung bantal.

Beliau juga pernah bekerja sebagai juruwang di kedai bapanya, menjual set ensiklopedia, melakukan bisnes pinggan mangkuk dan menjual pelbagai barangan dapur.

Kemudian, Puan Faiza mula membuat rempah kari jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai berdekatan.

Beliau menghasilkannya sendiri di rumah, dengan melibatkan proses mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus hingga menghantarnya sendiri ke kedai untuk dikisar dan diedarkan.

Bagi bisnes beras pula, Puan Faiza pernah pergi dari 1 kedai ke kedai lain untuk mendapatkan respon penjual dan pengguna berkenaan beras.

4. Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman, Pengasas produk kecantikan Vida Beauty

Beliau berasal dari Machang, Kelantan mempunyai kelulusan Ijazah Pendidikan (Kesusasteraan Melayu & Sejarah), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Biologi, Universiti Monash pernah menjadi guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam selama 12 tahun di Ipoh, Perak dan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Antara produk popular keluaran syarikat Datuk Seri Vida ialah Pamoga, Qu Puteh Million Cell/Qu Puteh Collagen Drink, Qu Puteh Kosmetik, Millennia.

Pada usia 9 tahun, beliau telah menjadi anak yatim apabila ayahnya meninggal dunia.

Beliau minat berbisnes seawal usia 12 tahun sehingga melanjutkan pelajaran ke universiti.

Semasa Datuk Seri Vida melanjutkan pelajarannya di USM, ibunya terpaksa menjual sebidang tanah dengan harga RM13,000 bagi menyara kos pembelanjaan pelajarannya.

Dan dipercayai tanah itu kini bernilai RM150,000.

Bagi menampung kehidupannya di universiti, Datuk Seri Vida tidak berdiam diri.

Beliau pernah menjual nasi lemak orang lain dan mendapat untung 30 sen bagi setiap satu jualan yang berjaya dibuat olehnya. Beliau juga pernah menjual kain telekung, batik dan sebagainya kepada pensyarah dan kakitangan universiti.

Pada cuti semester universiti pula, Datuk Seri Vida pernah bekerja kilang, menjual pokok bongsai dan kerja sambilan di restoran segera KFC.

Di dalam perniagaan, Datuk Seri Vida pernah mengalamai kerugian besar apabila produknya tidak mendapat sambutan.

Dan dugaan besar di dalam kehidupannya, Datuk Seri Vida kehilangan 2 orang anak lelakinya di dalam insiden kebakaran di rumah pekerja syarikatnya.

Sungguh dasyat asam garam kehidupan 4 orang wanita yang bijak berbisnes ini sebelum mereka bergelar jutawan di dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Moga pendedahan ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada anda semua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...