Di Sebalik Isu Isteri Tuntut Cerai, Alif Teega Tenang, Sibuk Urus Persiapan Buka Butik Baru

Kehidupan

Di Sebalik Isu Isteri Tuntut Cerai, Alif Teega Tenang, Sibuk Urus Persiapan Buka Butik Baru

Di sebalik isu perceraian yang dituntut isteri, pensohor media sosial dan usahawan Alif Teega kelihatan tenang dan tidak mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Menjengah ke ruangan Instagram usahawan itu, Alif dilihat sibuk membuat persiapan pembukaan butik baharu di Bangi nanti.

Advertisement

Malah dia juga dirakam melayan anak perempuannya dengan menyikat dan meluruskan rambut kerinting zuriatnya itu.

Sebelum ini, Aisyah Hijanah disahkan ada menuntut cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Alif teega tenang di sebalik kes cerai

Namun begitu, Aisyah dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai punca utama dia memfailkan perceraian.

Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan melibatkan ramai orang.

Tidak mengapa sebab saya sendiri memilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.

Terdahulu, Aliff dilaporkan bernikah kali kedua dengan wanita bernama Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sarat hamil pada 18 November tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aisyah hijanah fail cerai
4 months ago

(TERKINI) "Dari Bulan Lepas Sebenarnya.." - Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Aliff Teega

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...