Di Sebalik 5 Kisah Jenama Popular Ini Yang Ramai Tak Tahu

Kehidupan

Di Sebalik 5 Kisah Jenama Popular Ini Yang Ramai Tak Tahu

Tahukah anda semua setiap produk yang kita gunakan di rumah seperti tisu kertas mempunyai sejarah tersendiri kenapa ia dicipta.

Kita selalu menggunakan barangan ini di dalam rumah tanpa pernah sekali terlintas sejarah penciptaanya. Inilah 5 sebab barang ini dicipta.

Advertisement

vaseline

Tisu muka jenama Kleenex 

Pada perang dunia pertama, para tentera menerima ancaman baru dari pihak musuh disembur gas beracun. Ini menyebabkan tentera yang berperang menjadi buta sementara, sukar untuk bernafas, mengalami luka yang mengerikan dan muntah dengan sangat teruk.

Walaupun peperangan ini tidak menyebabkan kematian yang banyak disebabkan bahan kimia yang digunakan, masih terdapat lagi kesan sampingan racun ini kepada para tentera.

Oleh itu kerajaan berusaha untuk mencari penyelesaiannya. Pengeluar kertas Kimberly-Clarke telah mempelbagaikan pengunaan kertas dan mengeluarkan tisu kertas menggantikan serbet pada topeng muka.

Advertisement

tentera

Pada mulanya ia dipanggil ‘cellucotton’ yang mempunyai tekstur menyerap air dan boleh di pakai buang. Ini bagi mengelakkan tentera jatuh sakit akibat pendedahan gas beracun ketika bertugas.

Setelah peperangan tamat, ‘cellucotton’ ini dibiarkan begitu sahaja kerana penghasilannya yang terlalu banyak. Pada tahun 1923-an, syarikat membuat tisu lembut dan nipis telah mensasarkan semula produk ini sebagai tisu mekap buat kaum wanita.

Selepas beberapa tahun, ia bukan sahaja menjadi tisu mekap buat kaum wanita, tetapi sebagai kain lap dan helaiaan tisu daripada kotak.

Kleenex

Dalam masa enam bulan, syarikat itu dijenamakan semula dan jenama Klenex mula dikenali sebagai tisu pakai buang.

Listerine

Pada tahun 1865-an, seorang doktor Sir Joseph Lister telah mencipta asid karbol yang digunakannya untuk mensterilkan alatan pembedahannya agar dapat mengurangkan kadar jangkitan kuman dan kematian pesakit yang dirawat.

Hasil kerja Lister telah memberi inspirasi kepada seorang doktor dari Amerika Joseph Lawrence dan pemilik farmasi Jordan Wheat Lambert untuk mencipta kuman berasaskan alkohol.

Advertisement

listerine

Produk yang dihasilkan oleh mereka berdua dinamakan sebagai Listerine sebagai tanda penghormatan kepada doktor Inggeris ini. Listerine juga pada mulanya dipromosikan sebagai antiseptik pembedahan.

Hasilnya Listerine mendapat permintaan tinggi di pasaran pada tahun 1880-an. Ia juga telah digunakan sebagai alat untuk membasmi kuman pada bahagian dapur untuk merawat gonorea.

listerine

Produk ini mendapat permintaan tinggi di pasaran awam pada tahun 1880-an walaupun asalnya ia digunakan sebagai alat pembersih serba guna untuk membasmi segala-galanya dari lantai dapur bagi merawat gonorea.

Pada tahun 1895-an, doktor gigi mendapati Listerine boleh mengurangkan bakteria pada mulut seseorang. Anak kepada pengasas Lambert Pharmaceutical Co., mula memasarkan Listerine sebagai produk pembersihan mulut yang juga dapat menyegarkan nafas berbau.

Beliau mula memasarkan Listerine untuk digunakan dalam bidang perubatan bagi menghilangkan nafas berbau yang dianggap serius pada waktu itu.

Kotex

Apabila perang dunia pertama berakhir, pengeluar kertas Kimberly-Clarke telah menghasilkan penapis topeng gas dengan ‘celucotton’. Beliau juga mahu mengubah ciptaannya itu sebagai bahan yang boleh menyerap dengan meluas.

Syarikat ini turut memasarkan ‘celucotton’ ini sebagai pad untuk kaum wanita. Syarikat ini telah mendapat idea daripada American Fund for the French Wounded memaklumkan mereka telah menerima surat daripada jururawat tentera mengatakan pakaian pembedahan ‘cellucotton’ telah digunakan sebagai serbet sanitari sementara.

Kotex

Syarikat itu mula memasarkan ‘cellucotton’ sebagai ‘pad saniter’ untuk kaum wanita. Kotex sanitari mula mendapat permintaan tinggi pada tahun 1921-an.

Sebelum ini, para wanita hanya menggunakan kain yang sama semasa datang bulan. Tetapi sejak Kotex diinovasikan, ia menyenangkan semua kaum wanita kerana ia menyerap lima kali ganda daripada pembalut kapas dan juga jauh lebih murah.

Vicks Vaporub

Vicks

Ramai tidak menyangka Vicks yang sering digunakan untuk meredakan selsema ini berasal dari Sepanyol pada 1918-an. Pada tahun 1880-an, ahli farmasi Lunsford Richardson memperoleh idea ini daripada saudara iparnya, Joshua Vick.

Pada zaman itu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang doktor mengedar dadah bertujuan untuk merawat pesakit. Oleh kerana Vick dapat membantu pesakit, Richarson mula membuat kajian pada bahan-bahan yang digunakan.

Lufand Richardson

Sejak dari itu beliau mula mempatenkan lebih daripada 21 bahan yang berbeza menggunakan nama abang iparnya, Vick.

Menurut cicitnya, Britt Preyer Greensboro, cream ini paling laris dijual oleh moyangnya Richardson. Vick’s Magic Croup Salve Cream yang diciptakan olehnya dapat melegakan batuk dan selsema.

Sebagai seorang ahli farmasi, beliau mula membuat eksperimen menggunakan menthol dari Jepun dan beberapa bahan lain yang sangat mujarab.

Richardson

Hasilnya cream yang berasaskan petroleum jelly yang berbau kuat dapat membantu pesakit yang mengalami batuk, hidung tersumbat dan pening menjadi lega.

Produk ini pada mulanya tidak mendapat permintaan tinggi, tetapi disebabkan penyebaran wabak selsema Sepanyol pada tahun 1918-an ia laris terjual.

Oleh kerana permintaan Vicks VapoRub semakin meningkat, kilang itu terpaksa mengeluarkan lebih banyak di kilang-kilang lain. Hari ini kita semua masih menggunakan Vicks jika mengalami batuk dan selsema.

Vaseline

Pada tahun 1859-an, ahli kimia yang berasal dari England, Robert Chesebrough mengembara ke Titusville, Pennsylvania untuk mengetahui manfaat produk lilin “minyak” yang digunakan oleh pekerja untuk menyembuhkan kecederaan kulit.

Bahan itu berfungsi seperti ubat yang ajaib dalam proses penyembuhan luka yang sangat teruk. Bahan yang digunakan oleh mereka adalah dari telaga minyak, jika tidak dibersihkan akan menyebabkan mesin itu meresap minyak tersebut.

Selepas melakukan beberapa eksperimen menggunakan beberapa batang lilin selama 10 tahun, Chesebrough berjaya menapis jeli petroleum sebagai vaseline.

vaseline

Beliau juga telah memberi nama produk ini vaseline dan dipatenkan di Amerika pada tahun 1872-an.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...