Tahukah anda semua setiap produk yang kita gunakan di rumah seperti tisu kertas mempunyai sejarah tersendiri kenapa ia dicipta.
Kita selalu menggunakan barangan ini di dalam rumah tanpa pernah sekali terlintas sejarah penciptaanya. Inilah 5 sebab barang ini dicipta.
Tisu muka jenama Kleenex
Pada perang dunia pertama, para tentera menerima ancaman baru dari pihak musuh disembur gas beracun. Ini menyebabkan tentera yang berperang menjadi buta sementara, sukar untuk bernafas, mengalami luka yang mengerikan dan muntah dengan sangat teruk.
Walaupun peperangan ini tidak menyebabkan kematian yang banyak disebabkan bahan kimia yang digunakan, masih terdapat lagi kesan sampingan racun ini kepada para tentera.
Oleh itu kerajaan berusaha untuk mencari penyelesaiannya. Pengeluar kertas Kimberly-Clarke telah mempelbagaikan pengunaan kertas dan mengeluarkan tisu kertas menggantikan serbet pada topeng muka.
Pada mulanya ia dipanggil ‘cellucotton’ yang mempunyai tekstur menyerap air dan boleh di pakai buang. Ini bagi mengelakkan tentera jatuh sakit akibat pendedahan gas beracun ketika bertugas.
Setelah peperangan tamat, ‘cellucotton’ ini dibiarkan begitu sahaja kerana penghasilannya yang terlalu banyak. Pada tahun 1923-an, syarikat membuat tisu lembut dan nipis telah mensasarkan semula produk ini sebagai tisu mekap buat kaum wanita.
Selepas beberapa tahun, ia bukan sahaja menjadi tisu mekap buat kaum wanita, tetapi sebagai kain lap dan helaiaan tisu daripada kotak.
Dalam masa enam bulan, syarikat itu dijenamakan semula dan jenama Klenex mula dikenali sebagai tisu pakai buang.
Listerine
Pada tahun 1865-an, seorang doktor Sir Joseph Lister telah mencipta asid karbol yang digunakannya untuk mensterilkan alatan pembedahannya agar dapat mengurangkan kadar jangkitan kuman dan kematian pesakit yang dirawat.
Hasil kerja Lister telah memberi inspirasi kepada seorang doktor dari Amerika Joseph Lawrence dan pemilik farmasi Jordan Wheat Lambert untuk mencipta kuman berasaskan alkohol.
Produk yang dihasilkan oleh mereka berdua dinamakan sebagai Listerine sebagai tanda penghormatan kepada doktor Inggeris ini. Listerine juga pada mulanya dipromosikan sebagai antiseptik pembedahan.
Hasilnya Listerine mendapat permintaan tinggi di pasaran pada tahun 1880-an. Ia juga telah digunakan sebagai alat untuk membasmi kuman pada bahagian dapur untuk merawat gonorea.
Produk ini mendapat permintaan tinggi di pasaran awam pada tahun 1880-an walaupun asalnya ia digunakan sebagai alat pembersih serba guna untuk membasmi segala-galanya dari lantai dapur bagi merawat gonorea.
Pada tahun 1895-an, doktor gigi mendapati Listerine boleh mengurangkan bakteria pada mulut seseorang. Anak kepada pengasas Lambert Pharmaceutical Co., mula memasarkan Listerine sebagai produk pembersihan mulut yang juga dapat menyegarkan nafas berbau.
Kotex
Apabila perang dunia pertama berakhir, pengeluar kertas Kimberly-Clarke telah menghasilkan penapis topeng gas dengan ‘celucotton’. Beliau juga mahu mengubah ciptaannya itu sebagai bahan yang boleh menyerap dengan meluas.
Syarikat ini turut memasarkan ‘celucotton’ ini sebagai pad untuk kaum wanita. Syarikat ini telah mendapat idea daripada American Fund for the French Wounded memaklumkan mereka telah menerima surat daripada jururawat tentera mengatakan pakaian pembedahan ‘cellucotton’ telah digunakan sebagai serbet sanitari sementara.
Syarikat itu mula memasarkan ‘cellucotton’ sebagai ‘pad saniter’ untuk kaum wanita. Kotex sanitari mula mendapat permintaan tinggi pada tahun 1921-an.
Sebelum ini, para wanita hanya menggunakan kain yang sama semasa datang bulan. Tetapi sejak Kotex diinovasikan, ia menyenangkan semua kaum wanita kerana ia menyerap lima kali ganda daripada pembalut kapas dan juga jauh lebih murah.
Vicks Vaporub
Ramai tidak menyangka Vicks yang sering digunakan untuk meredakan selsema ini berasal dari Sepanyol pada 1918-an. Pada tahun 1880-an, ahli farmasi Lunsford Richardson memperoleh idea ini daripada saudara iparnya, Joshua Vick.
Pada zaman itu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang doktor mengedar dadah bertujuan untuk merawat pesakit. Oleh kerana Vick dapat membantu pesakit, Richarson mula membuat kajian pada bahan-bahan yang digunakan.
Sejak dari itu beliau mula mempatenkan lebih daripada 21 bahan yang berbeza menggunakan nama abang iparnya, Vick.
Menurut cicitnya, Britt Preyer Greensboro, cream ini paling laris dijual oleh moyangnya Richardson. Vick’s Magic Croup Salve Cream yang diciptakan olehnya dapat melegakan batuk dan selsema.
Sebagai seorang ahli farmasi, beliau mula membuat eksperimen menggunakan menthol dari Jepun dan beberapa bahan lain yang sangat mujarab.
Hasilnya cream yang berasaskan petroleum jelly yang berbau kuat dapat membantu pesakit yang mengalami batuk, hidung tersumbat dan pening menjadi lega.
Produk ini pada mulanya tidak mendapat permintaan tinggi, tetapi disebabkan penyebaran wabak selsema Sepanyol pada tahun 1918-an ia laris terjual.
Oleh kerana permintaan Vicks VapoRub semakin meningkat, kilang itu terpaksa mengeluarkan lebih banyak di kilang-kilang lain. Hari ini kita semua masih menggunakan Vicks jika mengalami batuk dan selsema.
Vaseline
Bahan itu berfungsi seperti ubat yang ajaib dalam proses penyembuhan luka yang sangat teruk. Bahan yang digunakan oleh mereka adalah dari telaga minyak, jika tidak dibersihkan akan menyebabkan mesin itu meresap minyak tersebut.
Selepas melakukan beberapa eksperimen menggunakan beberapa batang lilin selama 10 tahun, Chesebrough berjaya menapis jeli petroleum sebagai vaseline.
Beliau juga telah memberi nama produk ini vaseline dan dipatenkan di Amerika pada tahun 1872-an.