Pelakon Rita Rudaini sering memuat naik video berkenaan kehidupannya bersama dua anak lelakinya yang kini berusia 14 dan 12 tahun.
Hasil perkahwinan terdahulu, aktres itu mempunyai dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna.
Baru-baru ini, Rita ada berkongsi video di TikTok dan ia telah meraih perhatian ramai warganet yang tersentuh dengan apa yang ditulisnya.
Menerusi video itu, dia meluahkan rasa ketika dibuang oleh lelaki dipercayai bekas suami namun kini bersyukur kerana dikurniakan lelaki lain yang menghargainya iaitu dua anak terunanya.
Di saat laki-laki itu membuangku seperti sampah… Ada laki-laki lain yang mengambil dan memperlakukan saya seperti hal yang berharga.”
@ritrud727 Syukur Alhamdulillah ….rezeki yg tak ternilai dr ALLAH swt ?
Ramai warganet memberikan kata-kata semangat kepada Rita menerusi ruangan komen dan memuji aktres tersebut kerana kuat membesarkan anak tanpa seorang suami di sisi.
Mereka turut berkata dia beruntung memiliki dua anak lelaki yang menyayanginya dan juga boleh mendoakannya jika sudah tiada suatu hari nanti.