Carolina Shiino,26, baru-baru ini dinobatkan sebagai Miss Japan namun kemenangannya itu telah mencetuskan kontroversi gara-gara beliau adalah warganegara Jepun naturalisasi pertama yang memenangi pertandingan itu.
Carolina merupakan wanita berasal dari Ukrain namun berpindah ke Jepun pada usia lima dan dibesarkan di Nagoya.
Pemenang Miss Japan Naturalisasi pertama
Sebelum ini, Miss Japan 2015 pernah digondol Ariana Miyamoto yang merupakan wanita berdarah kacukan Jepun-Afrika dan turut menimbulkan persoalan yang sama bagi mereka yang mengikuti acara pemilihan Miss Japan itu.
Menimbulkan pertikaian orang ramai
Namun begitu, kemenangan Carolina lebih ‘dikesalkan’ kerana dia langsung tidak mempunyai darah keturunan Jepun sekaligus mengundang pelbagai kritikan mengenai pemilihan tersebut.
Pemenang Miss Japan ini bukan berdarah kacukan Jepun tetapi 100 peratus tulen Ukraine. Ya, dia cantik, tetapi ini ‘Miss Japan’. Di mana Jepunnya?
Jika dia berdarah kacukan [Jepun], tiada masalah. Tetapi dia langsung tidak ada keturunan Jepun, malah tidak dilahirkan di sini.
Namun begitu, juri pemilihan Miss Japan mempertahankan keputusan mereka memilih Carolina yang ‘penuh keyakinan’ selain mempunyai wajah yang cantik.
“Dia bercakap dan menulis dalam bahasa Jepun dengna fasih dan sopan. Dia lebih Jepun daripada kita semua” ujar salah seorang juri dalam pertandingan itu.
Menjawab kontroversi itu, Carolina beranggapan bahawa kita semua hidup dalam era kepelbagaian dan dia merasakan dia merupakan orang ‘Jepun’ meskipun menerima kecaman orang ramai mengenai keputusannya untuk memasuki pertandingan pemilihan Miss Japan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.