“Di Mana Fattah?” – Rumah Tangga Bersama Fattah Amin Didakwa Berantakan, Ini Respon Nur Fazura

Hiburan

“Di Mana Fattah?” – Rumah Tangga Bersama Fattah Amin Didakwa Berantakan, Ini Respon Nur Fazura

Sebelum ini, muncul desas desus mengatakan rumah tangga antara selebriti popular, Nur Fazura bersama suaminya, pelakon Fattah Amin dilanda ribut dan sedang berantakan.

Spekulasi itu mula muncul setelah mereka berdua jarang berkongsi foto pasangan masing-masing di media sosial sekaligus menuai tanda tanya dalam kalangan peminat.

Advertisement

Malah, seperti kebiasaan, segala spekulasi itu turut diperkatakan di sebuah laman sembang yang rata-ratanya hanya menilai berdasarkan apa yang ditunjukkan Fazura dan Fattah di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen satu hantaran di Instagram Fazura, terlihat satu komen di mana pelakon jelita itu ada menjawab keberadaan suaminya dan anak mereka, Fatima.

Fazura dan Fattah berantakan

Rumah tangga fazura dan fattah berantakan?

Kata Fazura, semuanya berada di rumah dan mereka sekeluarga memilih untuk menjalani hidup secara privasi dan tertutup sekarang ini.

Pelakon filem Pisau Cukur itu juga sempat meletakkan ayat ‘Eyes On Rafah’ sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dalam komennya itu.

Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai, sebagai peminat kita doakan yang terbaik sahaja buat Fazura dan Fattah agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

9 Bilik Tidur, 7 Bilik Air & Perpustakaan Hanya Tinggal Kenangan, Rumah Agam Sharifah Aini Dirobohkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...