Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Di Dunia Realiti, Ada Orang Berhijab Tapi Hati Busuk..” Marsha Milan Tiada Masalah Bawa Watak Jahat Berhijab

Pelakon dan juga penyanyi, Marsha Milan mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa watak jahat dalam keadaan berhijab meskipun ada segelintir pelakon enggan melakukannya kerana bimbang membawa imej buruk kepada wanita muslim.

MarshaSumber : Instagram Marsha  

Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh,36, berkata apa yang dilakonkanya dalam sesebuah naskah drama hanyalah lakonan semata-mata dan sama sekali tidak menggambarkan mana-mana pihak atau individu.

Advertisement

Ujarnya lagi, ianya adalah hak individu buat mana-mana pelakon yang enggan membawa watak jahat yang bertudung.

“Bagi Marsha, kita kena fikir daripada sudut lakonan..mungkin dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busuk tapi kita tidaklah potretkan itu. Marsha cuma lakukan watak ini dengan jayanya mengikut seperti mana yang dikehendaki pengarah.”

Ini berikutan peranannya dalam drama berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa yang meminta Marsha membawa watak antagonis seorang wanita bertudung labuh bernama Nurul Huda yang turut dibintangi Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose.

Advertisement

Tambah penyanyi lagu berjudul Bebaskan ini lagi, ini merupakan kali pertama dia membawa watak yang memerlukan dia memakai hijab dan menjadi antagonis.

“Watak yang saya lakonkan dalam drama ini memang sama sekali berbeza dengan karakter sebenar saya. Susah saya nak kekalkan bentuk tudung sebab saya seorang yang hyper. Mungkin sebab saya belum biasa berhijab. Jadi agak sukar untuk kelihatan sentiasa kemas.”

Ujar Marsha lagi, dia juga sudah bersedia jika wataknya dalam drama berkenaan bakal dikecam netizen tidak lama lagi.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan karya yang diarahkan oleh Along Kamaludin dan bakal ditayangkan pada 23 Mac ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria (104).

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. anonymous

    March 22, 2021 at 12:12 pm

    well said …baru betul mesti berhijab keduanya.sebab sah2 bertudung menutup aurat adalah kewajiban wanita.Tentang kebaikan dan keburukan seseorang itu adalah akhlak dan hati setiap insan.Tidak menutup aurat dah sah sah HARAM

  2. Lame punya production

    March 22, 2021 at 10:37 am

    boleh je nak buat cerita perempuan bertudung sebagai antagonis tapi lebih elok kalau yang protagonist cerita tu pun pakai tudung. supaya boleh lah korang tonjolkan duality perempuan bertudung ni. masalah sekarang ni watak utama yang konon2 suci tu si uqasha tu tak bertudung. lepas tu ko bawak masuk watak antagonis si marsha pakai tudung pulak dengan sengajanya nak bina persepsi. so kesimpulan aku korang ni cibai perangai.

    • tecit

      March 22, 2021 at 1:58 pm

      setujuuuuuuuuuu. bapak gileee setujuuuuuu.

    • tingtong

      March 22, 2021 at 1:59 pm

      aku penah tgk crite arab. dua2 antagonis & protagonist both wearing hijab. Means no difference in appearance. just akhlak.
      plus aku menyampah tgk muke si uqasha ni. muke gedik manje dibuat2 tu. meluat aihh.

  3. atuk

    March 22, 2021 at 10:13 am

    drama sampah sarap

  4. Brunes

    March 22, 2021 at 9:50 am

    ya betul aku setuju, contoh macam Izreen Azminda hehueheuheuhe

  5. Anonymous

    March 21, 2021 at 3:13 pm

    Perampuan bertudong pun manusia biasa jugak..sama macam manusia high level dan sterusnya..cerita,dan tajuk kebanyakan ni menunjukan seolah wanita btudong tapi hati busok..sepatut nya x dijadikan bahan..ni akan mbuat para wanita yg x bertudng membatalkan niat untok bertudong..ni mnunjukn seolah wanita x bertudong semua baik..patutkah seperti ini??bertudong adalah perkara wajib bagi wanita islam ..hati dia jahat ke..itu belakang kira..apahal wanita x bertudong tpi buat perkara baik..nah itu kn perumpamaan nya..itu urusan Allah…jgn kita sbgai mnusia mempertikaikan..wanita bertudong tapi hati busok..hentikan semua ini sebgai topic..aku x alim..aku bukan ustaz..aku bukan ulama..tp bagi membangkit kn umat islam

Leave a Reply to Lame punya production Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama