Cyberjaya Hantar Makanan Gunakan Drone

Teknologi

Cyberjaya Hantar Makanan Gunakan Drone

Mulai hujung bulan ini, penduduk di Cyberjaya bakal menikmati perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron. Ia adalah kempen percubaan yang diadakan oleh Average Drone Sdn. Bhd. untuk jadi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurut Berita Harian, tempoh percubaan projek akan dijalankan selama tiga bulan yang akan membabitkan penghantaran makanan di kawasan berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise.

Advertisement

Ia juga dijangkakan akan menawarkan 7 jenis makanan dalam tempoh percubaan itu membabitkan makanan jenis mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.

Aplikasi mudah alih yang masih dalam draf akhir sedang dibangunkan dan kini dalam fasa akhir bagi memudahkan pembeli untuk menempah makanan mereka menerusi aplikasi itu.

Jangkaan tempahan makanan akan sampai ke destinasi pesanan mengambil masa selama 12 minit dan kos penghantaran adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap perjalanan.

Dron yang digunakan mempunyai enam bilah kipas dinamakan ‘Express Food’ mampu menampung berat muatan sehingga 800 gram.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...