Di Caj RM12.70 Jika Kad ATM Lama Tak Ditukar Kepada MyDebit Adalah PALSU – Maybank

Trending

Di Caj RM12.70 Jika Kad ATM Lama Tak Ditukar Kepada MyDebit Adalah PALSU – Maybank

Beberapa hari lalu viral di laman sosial bahawa pemegang kad Debit bank Maybank, Cimb, RHB, dan BSN, jika mereka tidak menukar dengan kad baru sebelum tarikh yang dinyatakan, mereka akan dicas sebanyak RM12.70 oleh pihak bank.

Advertisement

Pihak Maybank dalam satu kenyataan mereka menafikan yang mereka mengenakan penalti sebanyak RM12.70 jika tidak menukar Kad Debit baru.

“Jika anda menerima mesej sedemikian, sila abaikannya, Maybank ingin menjelaskan bahawa kita menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember untuk mengelakkan kesulitan, terutama pada musim perayaan.”

“Tiada sebarang cas terlibat untuk penggantian kali pertama,” kata mereka.

Menjawab pertanyaan orang ramai mengenai tarikh akhir penukaran kad ATM, tarikh akhir penukaran kad lama kepada kad MyDebit adalah sehingga 31 Disember 2016 ini. Selepas tarikh itu ia akan menjejaskan urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay mulai 01.01.17.

Jika anda belum lagi berbuat demikian, sila tukar kad anda dengan segera melalui Maybank2u, Debit Card Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

Kami meminta semua pelanggan untuk merujuk kepada laman web kami di www.maybank2u.com.my untuk maklumat terkini mengenai semua produk dan perkhidmatan kami, termasuk penggantian kad,” jelas mereka.

Berikut adalah lokasi Kiosk penukaran Debit kad yang disediakan oleh Maybank.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...