Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

DG Hisham Selamat Terima Menantu, Anak Bujangnya Pula Jadi Tumpuan!

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Kesihatan negara difahamkan telah selamat menerima kehadiran keluarga baru selepas anak perempuannya Khairin Afiqah bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Hazim.

Keluarga DG HishamSumber : Google  

Berita gembira tersebut turut dikongsikan personaliti TV, Fedtri Yahya yang bertindak sebagai pengacara majlis dalam majlis persandingan yang diraikan secara sederhana itu.

Advertisement

Pengantin dilaporkan diraikan dalam SOP yang ketat di mana hanya 30% kapasiti dewan dipenuhkan namun majlis masih berlangsung dengan tenang dan tertib.

Fedtri yang memuat naik beberapa keping foto bersama DG Hisham serta ahli keluarga pengantin yang lain nampaknya turut menarik perhatian netizen apabila melihat anak teruna Ketua Pengarah Kesihatan tersebut yang elok paras rupa.

DG HishamSumber : Google  

Memakai baju sedondon bertemakan warna biru lembut, kesemua ahli keluarga serta tetamu terlibat kelihatan gembira dalam majlis penuh keberkatan itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    March 22, 2021 at 5:06 pm

    kpop face guud

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama