Setelah gelaran Haneesya Hanee sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 telah ditarik balik gara-gara kontroversi kelab malam dan meminum arak serta didapati melanggar kontrak penyertaan pertandingan tersebut, ada pihak yang mula berpendapat keputusan itu agak tidak adil.
Antara yang memberikan komen mengenai isu tersebut adalah model Alicia Amin. Katanya, tidak salah sekiranya peserta ingin meraikan kemenangan mereka. Tidak perlu membuat satu keputusan drastik hanya berdasarkan tindakan peribadi.
Terdahulu, Haneesya hanya sempat menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenanginya pada Ahad lalu kurang dari 72 jam. Pihak penganjur juga mengumumkan tiada pemenang Dewi Remaja bagi musim ini.