Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 yang memperkenalkan Skim Lindung 24/7, satu inisiatif baharu yang bakal memberi perlindungan menyeluruh kepada hampir 10 juta pekerja formal di Malaysia.
Melalui skim ini, pekerja akan dilindungi sepanjang masa bukan sekadar ketika waktu bekerja sekali gus memastikan bantuan dapat disalurkan walaupun insiden berlaku di luar premis kerja.
PERKESO turut memberi jaminan bahawa mereka mempunyai keupayaan penuh untuk memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan pemprosesan tuntutan dapat dilakukan dengan lebih cepat.
Ini susulan pendedahan bahawa sebanyak 12,306 tuntutan ditolak sejak 2023 kerana kes-kes tersebut tidak diklasifikasikan sebagai bencana kerja di bawah undang-undang sedia ada.
Selain Skim Lindung 24/7, pindaan RUU ini turut meluluskan peningkatan faedah kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan serta memperkukuh aspek tadbir urus Sistem Insurans Pekerjaan, menjadikan perlindungan sosial negara lebih komprehensif dan inklusif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

