Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2021 Peringkat Dasar

Trending

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2021 Peringkat Dasar

Usul Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu kini telah diluluskan dalam undian di Dewan Rakyat yang diadakan sebentar tadi.

Keuputusan itu diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan sekitar jam 3.28 sebentar tadi.

Advertisement

Terdahulu, RUU Perbekalan 2020, yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang kemudiannya disokong semua Ahli Parlimen kerajaan.

Antara Inti pati penggulungan terakhir Belanjawan 2021 kali ini ialah:

1) Agong memperkenankan kurniaan Pingat Panglima Gagah Berani kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.

2) 90,000 kes penagihan dadah dicatatkan tahun ini berbanding 140,000 kes tahun lalu.

3) Perolehan aset baharu PDRM bagi mengawal sempadan Malaysia-Thailand sedang dikaji.

4) Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan.

5) i-Sinar KWSP kini dibuka kepada 8 juta ahli.

6) Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.

7) Kerajaan setuju perluas bantuan ‘one-off’ RM300 kepada semua petugas barisan hadapan termasuk polis dan tentera.

8) RM50 juta dana tambahan bagi memerangi COVID-19 akan disalur kepada Sabah Disember ini.

9) Program eBelia ditingkatkan kepada RM100 seorang dan diperluas kepada 1.1 juta mahasiswa.

10) Kerajaan akan terus perhalusi bantuan mengikut keadaan #COVID-19 dan ekonomi semasa.

Untuk rekod, Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul pada 6 Nov lalu.

Berikutan itu, seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 November hingga 19 November 2020.

Menurut laporan Bernama, Menteri-menteri yang mengambil bahagian difahamkan telah mula menggulung pada 23 Nov sebelum Tengku Zafrul menggulung bagi pihak Kementerian Kewangan hari ini diikuti dengan pengundian untuk meluluskan Belanjawan itu.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...