Semalam tersebar video menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dihanyutkan arus deras selepas dengan berani cuba meredah. Kejadian yang berlaku di Jalan Kionsom Lama Inanam, Sabah itu berjaya dirakam pengguna jalan raya lain yang berada di belakang mangsa.
Terdapat dua orang mangsa di dalam kereta Myvi itu yang hanyut sekelip mata.
Terus hanyut macam tu ja kereta. Sumpah scary. Musim hujan dan banjir ni, tolonglah jangan redah kalau nampak aliran air tu deras. pic.twitter.com/SligeJLUtd
— Ku Menangisssss membayangkannnn (@IniAlannn) September 3, 2021
Pihak Bomba dan orang awam yang membantu mencari akhirnya menemui kereta itu pada jam 7.20 pagi tadi. Bagaimanapun, dua mangsa yang dihanyutkan masih belum berjaya dikesan.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah memaklumkan kereta Myvi itu dihanyutkan kira-kira 200 meter dari lokasi.
“Anggota pasukan selam ada menemukan petanda mangsa berada di dalam kereta itu, bagaimanapun operasi masih dijalankan ketika ini dan pasukan sedang mendapatkan pengesahan.”
Identiti mangsa yang terlibat adalah Simon Sanga Tupe, 68 tahun (pemandu) dan Juning, 30 tahun (penumpang). Kejadian semalam berlaku kira-kira pada jam 6 petang. Sama-sama kita doakan agar mangsa dapat ditemukan segera.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara