Detik Cemas Mark Zuckerberg Apabila Berdepan Dengan Senator-Senator Kongres US

Trending

Detik Cemas Mark Zuckerberg Apabila Berdepan Dengan Senator-Senator Kongres US

10 April yang lalu adalah hari paling menggerunkan bagi Mark Zuckerberg. Jelas kelihatan ketegangan pada wajahnya apabila terpaksa berhadapan dengan senator-senator Kongres US.

Ini berikutan perbicaraan yang dibangkitkan berkenaan isu kelemahan Facebook dalam mengawal penggunaan data penggunanya.

Advertisement

Perbicaraan itu mengambil masa selama 5 jam. Zuckerberg telah berlatih berhari-hari dengan barisan peguamnya dalam menjawab soalan-soalan yang dijangka akan ditanya.

Walaupun beliau dapat menjawab dengan agak lancar beratus soalan yang dikemukakan, tetapi dua soalan awal yang tidak dijangka dari Senator Dick Durbin menyebabkan beliau terperangkap dan hampir tergamam.

Ini soalannya dan juga jawapan dari Zuckerberg :

“Adakah anda berasa selesa berkongsi dengan kami semua nama hotel yang anda menginap malam tadi,” tanya Senator Durbin.”

Mark Zuckerberg terdiam hampir 8 saat sebelum tertawa gementar dan menjawab dengan teragak-agak,

“Um, ahhhhh, tidak.”

“Jika anda menghantar mesej kepada sesiapa minggu ini, bolehkah anda kongsi nama mereka yang menerima mesej tersebut dengan kami?”.

Zuckerberg menjawab,

“Senator, saya mungkin tidak akan memilih untuk melakukannya secara terbuka di sini.”

Dan Senator Durbin menyambung,

“Saya rasa itulah isunya yang sebenar; hak anda pada privasi, had kepada hak anda kepada privasi dan berapa banyak (maklumat) yang anda berikan atas nama ‘menghubungkan orang ramai di seluruh dunia’.”

Mesej yang ingin disampaikan oleh Senator Durbin adalah Mark Zuckerberg prihatin dengan privasi maklumat dirinya.

Tetapi pada masa yang sama dia kurang mengambil kisah dengan privasi maklumat pengguna-pengguna Facebook yang lain.

Dalam pada itu, Zuckerberg mengakui, “ Saya rasa setiap orang patut mempunyai hak untuk mengawal bagaimana maklumatnya digunakan oleh pihak lain.”

Sumber : Mazlan Mohamad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...