Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

‘Detektif Lim’ Gerak Khas Selamat Bergelar Suami, Nikah Pada Usia 55 Tahun

Popular dengan watak Detektif Lim menerusi drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah semalam telah selamat bergelar suami kepada pilihan hati semalam. Difahamkan, ‘Detektif Lim’ menamatkan zaman bujang pada umur 55 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang terserempak dengan pengantin baru tersebut turut menzahirkan ucapan tahniah. Bersama posting tersebut turut disertakan dua keping foto menunjukkan Detektif Lim dan isteri dalam persalinan berwarna merah jambu. Tahniah!

Advertisement

Foto: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Foto: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada “Sub Inspektor Lim” daripada Gerak Khas! Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur semalam. Semoga En. Farid Amirul Hisham Abdullah dan isteri berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Saya pasti DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam amat gembira dengan perkhabaran ini.

Selain Dr Zulkifli, berita tersebut turut dikongsikan rakan pelakon, Zulkifli Ismail di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli)


Menurutnya, majlis pernikahan berlangsung secara ringkas mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. IKAN SEPAT

    February 17, 2021 at 10:15 pm

    TAHNIAH SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA..

  2. adina

    February 17, 2021 at 6:20 pm

    alhamdulillah tahniah…memang betul2 keturunan cina rupanya dia…

  3. tecit

    February 17, 2021 at 3:36 pm

    tahniah inspector lim. lelaki makin tua makin laku. hemsem kemah bohh.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama