Akibat memuat naik video yang memohon agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pelakon dan penyanyi berbangsa Cina, Soo Wincci nyaris diisytiharkan muflis kerana terpaksa menanggung hutang setelah  gagal mendapatkan tajaan bagi konsert Inwiccinble beliau yang berlangsung sekitar Oktober tahun lepas.
Wincci pada waktu itu tetap bertekad untuk melaburkan RM500,000 agar konsert beliau dapat diteruskan walaupun tanpa penaja. Namun, usaha beliau itu gagal kerana kosert berkenaan tidak dapat mendapat sambutan kerana gagal mengeluarkan modal bagi tujuan promosi.
Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.
Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu. Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja.
Walaubagaimanapun, Wincci tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat dan lebih bersyukur kerana beliau kini lebih dikenali di luar negara.
Beberapa badan korporat juga turut membantu Wincci dengan memberi surat sokongan bagi setiap projek yang dijalankan. Kini Wincci sedang mencipta nama di Taiwan dan beberapa lagi negara Asia termasuk China.