Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Derma Tak Derma Itu Hidup Aku” – Kerap Tayang OOTD, Michael Ang Berang Netizen Suruh Dirinya Lakukan Amal Kebajikan

Mengetahui wujud segelintir netizen seolah mempersoalkan tindakannya untuk berkongsi gambar-gambar outfit of the day (OOTD) yang dipakainya di media sosial, pengarah tersohor tanah air, Michael Ang zahir rasa berang.

Michael ang ootd dikecam netizen

Advertisement

Kata Michael, beliau mendapat banyak mesej peribadi daripada netizen yang meminta dirinya agar melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Dedahnya lagi, susulan pandemik COVID-19 yang masih tidak surut sehingga kini, netizen juga khabarnya menyeru Michael untuk melakukan amal jariah kepada golongan yang memerlukan.

Michael ang ootd dikecam netizen

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya tempoh hari.

Michael ang ootd dikecam netizenMichael ang ootd dikecam netizen

Advertisement

“Aku stres dengan korang, aku tak faham apa yang korang nak. Sekarang aku mula suka post OOTD sebab aku tak ada benda nak post. Takkan hari-hari nak post di set tengah penggambaran, jadi post benda lain. Korang mula DM aku, kata tahulah aku mampulah, daripada tayang aku punya OOTD, baik aku pergi dermalah.”

Menurutnya, andai mahu menderma biar ia dilakukan tanpa diketahui orang ramai. Hal ini demikian kerana, Michael sendiri akui niat baik itu wajar disimpan dan tidak diwarwarkan kepada netizen kerana itu merupakan antara dirinya dengan Tuhan.

Michael ang ootd dikecam netizen

“Takkan kita nak menderma pun kita nak tunjuk pada orang. Nak tunjuk aku pergi rumah anak yatim? Korang nak aku tunjuk paparan tangkap layar orang yang hutang aku tapi tak boleh bayar balik sebab tak dapat kerja dan aku kata okay. Nak tunjuk aku ni baik? Kalau nak derma itu antara dengan Allah. Kalau betul ikhlas, betul xde maknanya nak post kat Instagram beritahu korang semua. Apa masalah korang?”

Namun demikian, beliau juga menyeru orang ramai agar tidak memperlekeh seseorang hanya kerana tidak berkongsi kebaikan yang dilakukan individu terbabit di media sosial.

Advertisement

Michael ang ootd dikecam netizen

“Sudah-sudahlah korang nak jadi alim sangat, nak masuk di Intagram, DM. Derma tak derma itu hidup aku. Korang ingat korang bagus sangat? Korang yang cakap tu korang buat derma ke? Kita buat derma pun kita tak nak beritahu oranglah. Buat apa nak tunjuk, nak riak. Get a life!”

Pesan Michael, lakukan perkara itu dengan ikhlas agar tidak timbul perasaan riak di kemudian hari.

Sumber: IGTV Michael Ang

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    November 30, 2020 at 6:55 pm

    meluatttt …gi mampus la kau menyemakkk

  2. anonymous

    November 30, 2020 at 6:44 pm

    emphh meluattt

  3. tecit

    November 30, 2020 at 4:42 pm

    setuju. terpulang pd individu tu nk tayang ke xnk tayang. die tayang xsemestinye die ikhlas. die xtayang pon xsemestinya die ikhlas. keikhlasan tu hanye Allah yg tau. bak kate org, klu nk buat baik tu, tangan kanan buat baik, tangan kiri sorok. jgn bg tngn kiri kte sendiri pon tau. inikan plak org lain. buat baik klu utk btolkan hati kte sendiri elok diam2. tp klu utk pedoman pd org lain boleh buat terang2. terpulang pd niat kte. klu niat nk dakwah kene secara terang. klu niat utk btolkan hati kte, rezeki kte, sorok2 pon xpe. yg penting mmg kte buat. cume xkan nk btau semua org kan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top