Derita Bayar Hutang Lepas ‘Wedding’, Ibu Bapa Paksa Buat Pinjaman Untuk Majlis – “6 Bulan Kahwin, Lagi Banyak Nangis Dari Gembira”

Kehidupan

Derita Bayar Hutang Lepas ‘Wedding’, Ibu Bapa Paksa Buat Pinjaman Untuk Majlis – “6 Bulan Kahwin, Lagi Banyak Nangis Dari Gembira”

Berbelanja untuk majlis perkahwinan haruslah berpada-pada dan mengikut kemampuan pasangan mempelai supaya tidak menderita menanggung bebanan kewangan di kemudian hari.

Namun kadang kala desakan ibu bapa dan keluarga memaksa pasangan untuk berbelanja lebih untuk majlis perkahwinan sehingga ada yang terjerat dengan hutang pinjaman bank.

Advertisement

Seperti kisah ini yang diceritakan seorang wanita tentang kehidupannya sejak berkahwin yang menanggung hutang dan terpaksa bekerja keras untuk membayar pinjaman bank.

gambar hiasan personal loan

Ibu bapa paksa buat pinjaman bank

Menerusi Threads, wanita itu berkata pada awalnya dia dan suami sebelum ini merancang untuk membuat majlis kecil-kecilan namun ibu bapanya berkeras mahu menjemput 1000 orang tetamu.

Saya nak panggil dalam 100 orang tapi ibu bapa saya tak setuju. Dorang kata ramai saudara mara dan kawan-kawan dorang kena jemput.

Disebabkan itu, suaminya terpaksa akur apabila dipaksa membuat pinjaman peribadi sehingga RM40,000 untuk mengadakan majlis di hotel.

sarung cincin nikah

Namun, kini selepas mendirikan rumah tangga dia dan suami terpaksa menanggung beban hutang dan akui kehidupan mereka susah.

Kami berusia ni kerja biasa je, suami kerana saya pula kerja kontrak kerajaan. Sekarang ni kami struggle nak bayar loan. Suami balik kerja terus buat grabfood, saya buat dropship online.

Penat kerja, tak dapat luang masa bersama

Tambah wanita itu, suaminya yang dahulunya berperwatakan ceria kini tidak begitu lagi dan hanya pulang rumah untuk tidur akibat kepenatan.

Dia kata penat kerja tak habis-habis. Dia menyesal betul buat loan tu, kalau tak buat dia kata aman hidup, balik kerja office boleh berehat dengan saya.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya menghentam ibu bapa wanita berkenaan yang disifatkan tidak berhati perut terhadap anak menantu sendiri.

Tak kurang juga komen segelintir individu yang berpendapat ibu bapa tersebut mementingkan diri sendiri tanpa mengira akibat yang terpaksa ditanggung anak menantu di kemudian hari.

2025-05-20 14:31:32

Buat 'Personal Loan' RM20K Untuk Majlis Kahwin, Pasangan Malaysia Ini Tak Kisah Bayar Bulanan RM300 - "Setakat Ni Gembira.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...