Dera Hingga Meninggal Dunia, Bapa Mengaku Tanam Mayat Anak Tepi Jalan

Berita

Dera Hingga Meninggal Dunia, Bapa Mengaku Tanam Mayat Anak Tepi Jalan

Seorang bapa telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia dan hal terbabit telah dilaporkan oleh isteri suspek sendiri pada Jumaat lalu.

Turut difahamkan, setelah suspek mendera anak perempuan hingga meninggal dunia, dia telah menanam mayatnya di sebuah tempat riadah untuk menyembunyi perbuatan kejam tersebut.

Advertisement

Melalui laporan isteri suspek, 41 tahun, dia mendapati anak perempuan berumur 9 tahun dalam keadaan lemah dan darah terkeluar dari mulutnya sebaik saja pulang dari bekerja ketika jam 7 malam, Jumaat.

bapa dera anakSumber : Gambar hiasan  

Kes tersebut dikatakan berlaku di kawasan kediaman mereka di Jalan Pudu, dan isteri mengadu suami memukul anak perempuannya kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.

Menerusi Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, mengesahkan suspek merupakan lelaki berusia 40 tahun dan merupakan seorang penganggur.

Suspek turut mengakui bahawa dirinya menanam mayat anak perempuan di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy.

Tambahan lagi, suspek turut direman selama tujuh hari bagi menjalankan siasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Funfair sotong ride tercampak
2 years ago

(VIDEO) Nahas Fun Fair 'Sotong Ride' Di Puncak Alam, Wanita Dan Kanak-Kanak Cedera Parah Akibat Tercampak Keluar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...