“Dera Emosi, Dera Kewangan…” – Shila Amzah Dedah Jadi Mangsa Penderaan Keluarga, Trauma Sampai Sekarang

Hiburan

“Dera Emosi, Dera Kewangan…” – Shila Amzah Dedah Jadi Mangsa Penderaan Keluarga, Trauma Sampai Sekarang

Menerusi live di TikTok, penyanyi Shila Amzah ada berkongsi tentang kehidupannya bersama rakan-rakan dan anak namun berita mengenai perkahwinan kedua bapanya bersama ibu tiri baru-baru ini lebih menjadi perhatian.

Apatah lagi, wanita dikahwini ND Lala itu merupakan bekas kawan baik Shila ketika di sekolah dan dia hanya berdiam diri ketika ini sementara ia hangat diperkatakan.

Advertisement

2 years ago

"Hidup Umpama Roda, Just Wait The Wheels Hit You Back" - Isteri ND Lala Luah Perasaan Di IG Story

Baru-baru ini, menerusi live Shila atau mesra dengan panggilan Sha membuat pendedahan yang mengejutkan ramai individu yang menonton.

Menurut Shila, dia adalah mangsa penderaan dari segi fizikal, emosi dan macam-macam lagi selain mengakui mengalami trauma sehingga ke hari ini.

Sha adalah mangsa penderaan, mangsa dera emosi, dera fizikal, dera financial, semua. Jadi nama-nama yang korang selalu sebutkan itu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang Sha kena hadap sampai hari ini. Merangkumi semua, boyfriend, suami, family.”

Shila bagaimanapun tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana takut akan membuka aib mana-mana pihak selain enggan ia menjadi perkara besar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...