Deposit Mineral Berharga Termasuk Emas Dan Logam Bernilai RM1.25 Trilion Ditemukan Di Negeri Sarawak

Berita

Deposit Mineral Berharga Termasuk Emas Dan Logam Bernilai RM1.25 Trilion Ditemukan Di Negeri Sarawak

Baru-baru ini, Jabatan Geologi Sarawak telah menemukan sumber mineral yang dianggarkan bernilai RM1.25 trilion termasuk emas, nadir bumi, bauksit, dan logam berharga lain.

Ada potensi penemuan lain

Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, terdapat juga potensi untuk menemui lebih banyak kawasan yang mempunyai bahan mineral berharga dengan nilai yang besar.

Advertisement

Hasil kajian oleh pakar geologi negeri kami ke atas 32% daripada tanah negeri ini telah mengenal pasti mineral yang dianggarkan bernilai kira-kira RM 1.25 trilion.

Timbalan Premier Menteri Sarawak

Harapan baru untuk Sarawak

Dipetik dari laporan Malaysiakini, kajian awal meliputi 12.4 juta hektar tanah di Sarawak dan penemuan ini menyerlahkan potensi untuk penemuan lebih banyak lagi.

Jadi kita akan perluaskan lagi kajian kita, kalau tidak dapat seluruh Sarawak sekurang-kurangnya tambahan 20 peratus keluasan tanah lagi.

 

Selain emas, antara mineral yang terdapat di negeri ini ialah bauksit, pasir silika, batu kapur dan nadir bumi dan terdapat potensi besar untuk lebih banyak penemuan

Tambah Awang Tengah, mereka juga menemukan simpanan emas yang besar di daerah Sri Aman. Sebelum ini mereka hanya emas hanya didapati di daerah Bau.

Penemuan ini dijangka dapat mengubah landskap ekonomi Sarawak, menarik lebih banyak pelaburan asing, dan membuka peluang pekerjaan baru.

zon masa semenanjung
6 months ago

Netizen Usul PMX Ubah Semula Zon Masa Semenanjung Ikut Sabah Sarawak - "Paling Best Waktu Malam, Rasa Panjang..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...