Sentiasa membawa perubahan baru dan dunia fesyen tempatan, sudah pasti ramai yang mengagumi kehebatan pereka Datuk Rizalman Ibrahim.
Bukan sahaja daripada sudut gaya fesyen, namun personaliti dirinya yang menyenangkan turut membuat ramai yang mengikuti perkembangan diri dan keluarganya.
Rasanya ramai yang mengetahui bahawa Datuk Rizalman memiliki dua orang anak angkat iaitu Umar dan Ali. Umar kini telah pun mencapai usia 19 tahun manakala Ali pula 9 tahun.
View this post on Instagram
Terbaru, pereka fesyen itu dilihat memuat naik IG Story di mana Umar kelihatan sedang sibuk bekerja separuh masa kini.
Malah daripada entri lain yang dimuat naik, Datuk Rizalman meluahkan bahawa dia tidak kisah dengan keputusan Umar untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan tidak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas SPM.
Malah selebriti itu mendedahkan bahawa dia juga seronok dengan keputusan itu memandangkan dia sendiri tidak betah berjauhan dengan anak sulungnya itu.
Sudah lama terpisah dengannya sebelum ini, Datuk Rizalman mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Umar. Malah, dia percaya rezeki Allah yang tentukan selain mahu anaknya itu lebih fokus kepada akhirat.
Alhamdulillah, seronok dapat ibu bapa yang memahami macam Datuk Rizalman kan?