“Depan Kita Nampak Baik Tapi..” – Individu Cerita Pengalaman ‘Real’ Bekerja Dengan Warga Jepun

Kehidupan

“Depan Kita Nampak Baik Tapi..” – Individu Cerita Pengalaman ‘Real’ Bekerja Dengan Warga Jepun

Rakyat Jepun sering dilihat sebagai individu yang baik hati, tidak lekang dengan senyuman, dan menjadi role model di seantero dunia. Dengan imej yang positif ini, ramai yang tertarik untuk bekerja di syarikat yang dikendalikan oleh rakyat Jepun.

Namun, menerusi satu tweet yang tular, didakwa bahawa rakyat Jepun memang baik, tetapi perangai sebenar mereka hanya akan keluar apabila sudah bekerjasama atau bekerja di syarikat dari sana.

Advertisement

Seorang wanita pula berkongsi pengalaman peribadinya bekerja dengan rakyat Jepun dan mengakui bahawa dakwaan itu ada benarnya. Menurutnya, tekanan yang dihadapi semasa bekerja di sana sangat tinggi, sehingga mentalnya koyak.

pengalaman kerja di jepun

Dia mengaku sudah pindah syarikat dua kali ketika menetap di Jepun, namun kedua-duanya masih memberikan pengalaman yang negatif. Beberapa perkara yang membuatkan dia tidak boleh menerima layanan sebenar orang Jepun termasuklah sering menyalahkan orang lain., hanya menerima pandangan dari kalangan sebangsany, cakap buruk di belakang dan talam dua muka

Selain itu, beberapa pengguna internet lain turut berkongsi pengalaman mereka, antaranya:

Seorang pengguna berkata bahawa syarikat di Jepun akan memberi tugasan luar skop kerja, termasuk membasuh baju milik bos selain mengakui bahawa dia dimaki kerana tidak membalas mesej pada lewat malam dan dianggap pemalas jika balik pada waktu yang ditetapkan.

Pengalaman kerja di jepun

Bahkan, mereka yang bekerja sebagai kolar putih dilihat terlalu penat sehingga tidur berselerakan di tepi jalan kerana pulang lewat malam. Sifat formalitinya juga melampau dan prosedurnya yang panjang menjadikan setiap tugasan lebih sukar untuk dilaksanakan.

Banyak yang mendakwa bahawa mereka hanya mampu bertahan selama setahun sahaja bekerja dengan syarikat Jepun kerana tekanan yang terlalu tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

COO myBurgerLab dipecat buat kenyataan perkauman
2025-08-22 16:13:10

"Lambat-Laun Negara Diambil Alih Ekstremis.." - COO myBurgerLab Dipecat Setelah Keluarkan Kenyataan Perkauman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...