Penyanyi rap serta komposer muda yang namanya semakin meningkat naik, Zynakal ada berkongsikan sedikit pengalaman yang pernah dilaluinya sepanjang hampir 5 tahun bergelar anak seni.
Kata Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli,22, dia banyak kali berhadapan dengan karenah manusia yang bermuka-muka serta sering memandang rendah akan dirinya.
View this post on Instagram
Malah, katanya lagi, ada segelintir yang berpura-pura baik demi menjatuhkan apa jua keyaaan yang dikecapinya selama ini.
Sebenarnya ramai orang yang dikeliling kita yang kita tak tahu apa niat mereka nak buat pada kita, mungkin ada yang nak buat kita jatuh dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak tahu mungkin depan kita lain, belakang kita dia lain.
Ujar penyanyi lagu Sakit ini lagi, ramai orang hanya lihat seseorang itu berjaya namun tidak mahu memandang tentang kesusahan sebelum mencapai kejayaan itu.
Perkembangan lain, Zynakal khabarnya telah melancarkan single terbaru berjudul Tak Sangka bersama-sama dengan rakan artis, penyanyi Yonnyboii dan Asyraf Nasir.
View this post on Instagram
Lagu tersebut turut membawa unsur-unsur nasihat kepada para pendengar agar sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling yang berpura-pura baik.
Single Tak Sangka kini boleh didengari di semua platform digital setelah dilancarkan secara rasmi 20 Ogos yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.