“Depa Ingat Kami Ni Kahwin Mat Saleh, Kami ‘Open’ Kot” – Isu Panggilan Video Lucah, Nourul Depp Tampil Buka Mulut

Hiburan

“Depa Ingat Kami Ni Kahwin Mat Saleh, Kami ‘Open’ Kot” – Isu Panggilan Video Lucah, Nourul Depp Tampil Buka Mulut

Mengakui cukup terkesan dengan insiden yang menimpa dirinya apabila menyahut panggilan video lucah daripada lelaki yang tidak diketahui identitinya baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp mendedahkan dirinya masih belum sempat untuk melakukan laporan polis berhubung hal tersebut.

"Depa Ingat Kami Ni Kahwin Mat Saleh, Kami 'Open' Kot" - Isu Panggilan Video Lucah, Nourul Depp Tampil Buka Mulut

Advertisement

Kata Nourul, tindakannya mempamerkan video tersebut kepada umum adalah kerana terlalu sakit hati dan terkena dengan individu terbabit.

“Kami tak sempat nak buat laporan polis lagi, tapi apa saya buat, letak nombor telefon (individu) tu. Memang saya sakit hati dan terkesan sebab itu saya letak begitu supaya orang tengok.”

Ujar Nourul, biarpun mengambil pendekatan untuk berkahwin dengan lelaki mat saleh, perkara itu bukanlah tiket untuk dirinya bersifat terbuka dan diperlakukan sedemikian rupa.

"Depa Ingat Kami Ni Kahwin Mat Saleh, Kami 'Open' Kot" - Isu Panggilan Video Lucah, Nourul Depp Tampil Buka Mulut

“Mereka ingat saya ini kahwin dengan mat saleh, saya ni bersifat terbuka boleh tengok anu mereka. Tak tahulah, saya rasa anda ini sakit otak, orang hilang akal, orang sakit jiwa.

Nourul juga turut menyeru individu terbabit agar menyesali perbuatannya dan tidak ketinggalan meminta supaya bersikap lebih sopan dan beradab.

"Depa Ingat Kami Ni Kahwin Mat Saleh, Kami 'Open' Kot" - Isu Panggilan Video Lucah, Nourul Depp Tampil Buka Mulut

“Tak perlu mesej kata nak jadi ‘anak ikan’ ke..saya tak mahu jadi mak ikan sebab kami dah jumpa bapa ikan. Saya tak macam tu, suami saya jaga saya sebaiknya, buat apa saya nak cari pasal cari yang muda-muda.”

Terdahulu, Nourul tampil menzahirkan rasa berang apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab bertindak melakukan panggilan video lucah terhadapnya ketika sedang melakukan siaran langsung di lama Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...