“Denyut Atau Degup, Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Tak Kisah Ditegur ‘Guru TikTok’

Hiburan

“Denyut Atau Degup, Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Tak Kisah Ditegur ‘Guru TikTok’

Sedia maklum, lagu Casablanca ketika ini sedang menjadi pilihan orang ramai untuk mendengarnya, tetapi baru-baru ini seorang wanita telah menegur kesalahan tatabahasa di dalam lagu terbabit iaitu penggunaan perkataan ‘denyut’.

Susulan itu, penyanyi wanita di dalam lagu popular itu bersifat terbuka dengan teguran terbabit dan berkata semuanya terpulang kepada pandangan serta penerimaan pendengar.

Advertisement

Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat. Pada saya dua-dua pun betul saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beegood Music (@beegoodmusic)

Sebelum ini, seorang guru di platform TikTok berkata perkataan ‘degup’ lebih sesuai untuk digunakan berbanding ‘denyut’ jika betul-betul ingin mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu sebenar.

Biarpun ditegur, Nuha beranggapan rezeki tidak salah alamat dan apa yang telah dicapai oleh dia ketika ini memberikan inspirasi untuk membuat lagu-lagu yang lebih bermutu akan datang.

Sekadar info, lagu Casablanca ketika ini telah mencecah lebih 13 juta tontonan di YouTube dan berjaya berada di posisi teratas carta lagu popular laman penstriman muzik seperti Spotify dan juga radio popular Malaysia.

4 bulan lalu

"Acah Suara Dia Sedap, Padahal Tak" - Nyanyi Lagu Casablanca Dekat Chef Faez, Nuha Dikritik 'Over' & Gedik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    August 2, 2022 at 3:27 pm

    Sombong dan bongkak
    Suare pun x sedap
    Over dan gedik sangat
    Tp budget macam dive terlajak

    • Hayrin Matahir

      August 2, 2022 at 9:24 pm

      Kan.. Lagu-lagu terbitan 1990-an yang padu..

    • Hayrin Matahir

      August 2, 2022 at 9:26 pm

      Taknah minat dgr lagu ini. Kalau kuar kat mana-mana saluran radio, aku akan tukar ke saluran lain ataupun mutekan lagu ini.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...