Denmark telah memperkenalkan konsert “drive-in” sebagai alternatif untuk konsert secara langsung ketika penularan wabak COVID-19 ini.
Menurut Forbes, 500 tiket konsert itu terjual dalam beberapa minit selepas diumumkan hanya dalam tempoh enam hari.
Ratusan kenderaan hadir di konsert yang berlangsung di Aarhus Denmark itu, untuk menyaksikan persembahan penyanyi dan penulis lagu kegemaran mereka, Mads Langer.
“Saya telah membuat persembahan dalam banyak konsert sepanjang hidup saya, tetapi ini merupakan pengalaman baru,” kata Langer.
Setiap kenderaan diselaraskan dengan rapi dan tersusun di hadapan pentas.
Persembahan Langer disiarkan ke dalam kereta melalui frekuensi radio FM dan para penonton dapat berinteraksi dengannya melalui sidang video Zoom.
Konsert ini adalah yang pertama dalam beberapa lagi siri persembahan yang dijadualkan di pinggir kota itu. Panggung wayang ‘drive-in’ juga turut diadakan di sini.
Menarik juga idea ni kan? Sesuai tak jika kita cadangkan untuk dibuat di Malaysia.