Dengarkan Luahan Tunang Anggota Bomba Cedera Parah Diserang Perusuh

Trending

Dengarkan Luahan Tunang Anggota Bomba Cedera Parah Diserang Perusuh

Tunang kepada anggota bomba yang tidak sedarkan diri setelah diserang sekumpulan lelaki sewaktu cuba memadamkan kebakaran kenderaan di meminta orang ramai mendoakan keselamatannya.

Advertisement

Melalui satu muat naik di Facebook, wanita itu berkata tidak kuat melihat keadaan anggota bomba itu. Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi.

Dia ialah salah seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang bertugas memadamkan kebakaran kenderaan yang diakibatkan oleh perusuh di situ.

Muhammad Adib kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Beliau sedang ditemani oleh anggota keluarga dan tunangnya setelah keadaannya dilaporkan agak parah.

Beliau juga dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Pada kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Selain itu, serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) turut dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.

Antara kerosakan ialah cermin depan dan belakang pecah, tayar pecah serta tercabut, pintu jentera tercabut selain kemek pada bahagian badan kenderaan dipercayai akibat diserang dengan objek keras.

Bersama kita doakan keselamatan Muhammad Adib. – amazingnara.com

Sumber: Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...