February 24th, 2016

Syarul Ridzwan kalau sebut sahaja nama ni pasti ramai yang kenal bukan? Tetapi kalau Saharul Ridzwan ada tak yang tahu siapakah pemilik nama tersebut?

Sebenarnya Saharul Ridzwan adalah nama sebenar Syarul. Aktor yang popular menerusi drama Hati Perempuan , kini tidak mahu menggunakan nama komersialnya lagi setelah menerima nasihat daripada seorang ustaz.

Malah, nama Instagram beliau juga sudah ditukar kepada nama asalnya @saharulridzwan.

Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja.

Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya.

Mungkin hanya sebentar sahaja orang akan keliru dan terbiasa dengan panggilan Syarul Ridzwan, lama-lama nanti ok lah tu. Siapa tahu lepas guna nama asal ada hikmah yang baik disebaliknya dan lebih diberkati?

Sumber Berita: BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...