“Dengar Kata 4 Orang Je Nak Tengok..” Elly Mazlein Teruja, Bakal Lancar Video Muzik Terbaru Berjudul Dusta Cinta

Hiburan

“Dengar Kata 4 Orang Je Nak Tengok..” Elly Mazlein Teruja, Bakal Lancar Video Muzik Terbaru Berjudul Dusta Cinta

Penyanyi dan juga personaliti TV, Elly Mazlein yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom khabarnya bakal muncul dengan single lagu terbaru berjudul Dusta Cinta, tidak lama sahaja lagi.

Elly yang terkenal melalui drama sitkom Kampung People itu kali terakhir menyanyikan lagu solo kira-kira empat tahun yang lalu menerusi lagu Jeritan Hati.

Difahamkan, Dusta Cinta itu merupakan hasil karya penyanyi muda, Aina Abdul dan lirik oleh Wan Zakaria.

Elly MazleinSumber : Instagram Elly Mazlein  

Dia dilihat berkongsikan perkembangan tersebut menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini dilihat telah mengemaskini hantaran media sosialnya dengan memaparkan sekeping foto kandid di mana dia sedang melakukan perbincangan secara dalam talian.

Advertisement

Terkenal dengan humor bersahaja, Elly sempat bertanyakan kepada netizen tentang penerimaan terhadap lagu barunya itu nanti.

“Virtual meeting dengan team @liferecordsmy..siap preview #MV #DustaCinta. Kakak Lina nak tanya..ada ke orang nak tengok? Dengar kata 4 orang je nak tengok.. tu pun katanya belum kompom lagi. Sedihnya..”

Terhibur dengan kapsyen lucu tersebut, netizen dan juga peminat Kak Lina rata-rata meninggalkan komen tidak sabar untuk menantikan buah tangan terbaru penyanyi dan juga ibu kepada seorang anak itu kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Elly Mazlein

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...