“Dengan Teleskop Canggih, Anda Dapat…” – ‘God Of Chaos’ Seluas 1,120 Kaki Bakal Dekati Bumi

Dunia

“Dengan Teleskop Canggih, Anda Dapat…” – ‘God Of Chaos’ Seluas 1,120 Kaki Bakal Dekati Bumi

Asteroid gergasi yang diberi nama ‘God of Chaos’ sempena nama dewa zaman Mesir Kuno dikhabarkan akan mendekati Bumi dalam masa terdekat.

Tiada yang perlu dirisaukan kerana asteroid gergasi ini hanya akan melintasi planet Bumi pada jarak jauh yang selamat kerana ia akan melalui sekitar 43 kali jarak dari Bumi.

Advertisement

Gof of chaos

“Dengan teleskop canggih, anda dapat melihatnya dengan selamat dari planet kita”

Space.com berkata demikian. Apophis ialah nama lain bagi asteroid ini yang terkenal sebagai ‘asteroid sistem suria yang paling terkenal’.

Ahli astronomi Roy Tucker, David Tholen dan Fabrizio Bernardi menemukan God of Chaos buat kali pertama pada tahun 2004 di Balau Cerap Nasional Kitt Peak, Tucson, Arizona.

Asteroid gergasi

Pakar di Kompleks Komunikasi Angkasa Dalam Goldstone NASA di California telah meneliti asteroid tersebut sejak 3 Mac lalu dan akan terus memerhatikannya sehingga 14 Mac.

Asteroid itu yang berukuran seluas 1,120 kaki bersamaan 340 meter dan dikategorikan sebagai ‘Asteroid Berpotensi Bahaya’ oleh Pusat Planet Minor Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...