Selebriti media sosial, Ira Kazar, mencuri perhatian ramai apabila seakan memberi petunjuk bahawa dirinya kini sedang mengenali seseorang.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin secara bersahaja menjawab pertanyaan warganet yang ingin tahu sama ada dia terbuka untuk mencari pasangan hidup baharu.
Menariknya, Ira menjawab dengan ringkas bahawa dia sedang “tengah gaduh”, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dia kini dalam fasa perkenalan dengan seseorang.
Namun begitu, Ira tidak menjelaskan lanjut mengenai individu yang dimaksudkan, sekaligus meninggalkan persoalan dalam kalangan peminat dan pengikut.
Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, itu turut memaklumkan bahawa dia akan memikirkan soal mencari peneman hidup apabila tiba waktu yang sesuai.
Untuk makluman, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Namun, pasangan itu sah bercerai dengan talak satu pada 5 Mac 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.