“Dengan Siapa Kita Harus Percaya..” – Sarimah Bimbang Golongan Pendidik Tak Bertanggungjawab, Ibu Bapa Main Peranan

Kehidupan

“Dengan Siapa Kita Harus Percaya..” – Sarimah Bimbang Golongan Pendidik Tak Bertanggungjawab, Ibu Bapa Main Peranan

Aktres Che Puan Sarimah Ibrahim menyatakan rasa kecewa dan tidak menyokong kes child grooming yang baru-baru ini menjadi perhatian apabila seorang guru didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar lelaki yang berusia 17 tahun.

Golongan pendidik harus profesional

Menurut Sarimah yang juga merupakan jurucakap Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Empati Malaysia, kes sebegini memberi kesan kepada kepercayaan yang telah diberi kepada golongan pendidik.

Advertisement

Kepercayaan terhadap golongan pendidik akan musnah begitu sahaja.

 

Mereka (guru) adalah orang dewasa yang sepatutnya bertanggungjawab dan matang apabila diberi kepercayaan untuk menjaga anak kita.

 

Kalau golongan pendidik atau profesional sudah lakukan perkara sebegini, dengan siapa lagi kita harus percaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarimah Ibrahim (@sarimahibrahim)

Orang dewasa main peranan

Selain itu, pelakon drama Lelaki Itu juga menegaskan orang ramai tidak boleh mengambil ringan dengan kes ini. Justeru, mereka yang sudah dewasa termasuklah guru dan ibu bapa harus memainkan peranan dalam memastikan hal-hal begini tidak terjadi kepada golongan muda kita.

Sarimah turut berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pelajar tersebut kerana masih belum matang dalam membuat keputusan.

Orang dewasa itu yang bersalah sebab pemikiran remaja tersebut masih dalam proses berkembang dan belum matang.

 

Mereka yang sudah kahwin dan berkeluarga perlu bijak bezakan buruk atau baik, mereka terfikir atau tidak kalau perkara sebegitu berlaku pada anak sendiri.

 

Ibu bapa juga perlu mainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak dan jangan mudah memberi kepercayaan kepada mana-mana individu yang menjaga anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarimah Ibrahim (@sarimahibrahim)

Terdahulu, tular di media sosial seorang guru yang bercinta dengan pelajar lelaki tingkatan lima. Pendidik yang juga ibu lima anak tersebut sudah beberapa kali mendekati pelajar tersebut sehingga laporan polis terpaksa dibuat selain aduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dilakukan.

guru matematik
9 months ago

Ibu Dakwa Anak Dipeluk Dan Dicumb* Guru Matematik Hingga Tinggal Kesan Kemerahan Di Leher, Kini Disiasat Kes Bawah Umur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...