“Dengan Seikhlas Hati, Saya Halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN

Berita

“Dengan Seikhlas Hati, Saya Halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN

Baru-baru ini, polis mengesahkan bahawa terdapat mangsa banjir yang memecah masuk kedai serbaneka untuk mendapatkan bekalan makanan di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Cawangan Mydin di kawasan tersebut adalah antara kedai yang telah dipecah masuk.

Advertisement

Meskipun mengalami kerugian jutaan ringgit, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan tindakan mereka yang memecah masuk premis itu.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, beliau berkata,

Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup.”

Menurut Berita Harian, Mydin menanggung kerugian lebih RM5 juta akibat bencana banjir yang melanda wilayah tengah Semenanjung baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan berita trending membabitkan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini untuk anda baca.

Baca: Tiga Jam Live Di TikTok, Zed Zaidi Berjaya Kumpul Lebih RM2000 Derma Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...